"Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat - hikmat Mu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmat Mu, wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"
"Bila hati tenang, tempat yang sempit terasa lapang, tapi bila hati tidak tenang, tempat yang luas terasa sempit dan menghimpit.."

Tempat kita sembang dan bertanya khabar...

Wednesday, December 31, 2008

Anak tukang cuci dapat 8A

JASIN 30 Dis. - Anak tukang cuci di Hospital Melaka (HM) muncul seorang daripada 879 pelajar di negeri ini yang berjaya memperoleh 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2008, yang diumumkan hari ini.

Nurul Adha Khamis adalah antara 88 calon PMR 2008 dari Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah yang mencatat keputusan cemerlang itu, yang melayakkan sekolah tersebut tersenarai antara tiga terbaik di Melaka.

Menurutnya, walaupun keluarganya hidup dalam serba kekurangan namun ia tidak pernah mematahkan semangatnya untuk meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan itu.

''Sebaliknya kesusahan keluarga mendorong saya belajar bersungguh-sungguh dan saya akan pastikan mendapat keputusan cemerlang juga dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dua tahun lagi," katanya.

Anak ketiga daripada sembilan beradik itu ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di Kampung Tedong Pantai, Merlimau di sini hari ini.

Bapanya, Khamis Harun, 53, hanya berpendapatan RM500 sebulan dan terpaksa membuat kerja sampingan menjual kuih-muih yang dibuat ibunya, Asmah Nasir, 40, kepada rakan sekerja.

Ujarnya, bagi memastikan kesemua anaknya mendapat pendidikan yang sempurna, hampir setiap hari bapanya membawa kuih-muih tersebut untuk dijual di HM.

Petikan : Artikel dari Utusan Malaysia Online

Kepada semua anak didikku, ingatlah kesusahan itu bukan alasan untuk berpeluk tubuh. Sebaliknya jadikanlah ia pembakar semangat untuk kita lebih berusaha. Ingat, mereka yang berjaya di luar sana, bukan semuanya dari golongan berada..Kesusahan mengajar mereka untuk lebih berjaya dalam hidup..


6 comments:

Anonymous said...

Saya berasa cukup tidak senang hati dengan tajuk2 seperti "anak tukang cuci...", "anak penoreh dapat...."

Jika 10 tahun lalu tajuk ini mampu melonjak motivasi namun dalam zaman era ICT ini, rasanya sudah tidak relevan.

Tambahan lagi wujudnya pelbagai kemudahan dan keistimewaan kepada pelajar untuk belajar.

ummi said...

mendewa, utk pengetahuan anda, kebanyakan pelajar saya rata-ratanya terdiri daripada pelajar miskin, kerapkali menjadikan alasan kemiskinan dan kesusahan penghalang utk berjaya. Jadi, kisah2 sebegini, at least memberi kesedaran kepada mereka utk tdk berserah pada keadaan. Sebaliknya mereka lah yang perlu merubah keadaan itu. Anyway, thanx 4 da comment.

Mr. Sham@poksey said...

Kenapa masih tidak relevan? lu ingat semua kemudahan ICT ni semua anak pernorah dan anak tukang cuci dapat ka? Lu ingat semua rumah mereka ni ada komputer ka? Haiya kawan.... kalu lu orang senang, jangan nak merendahkan kebolehan orang2 susah...

Orang kaya senang la mereka ada komputer dirumah... tapi orang susah? kalau ada komputer buruk pon kira ok dah...

Orang seperti mendewa ni boleh membuat para pelajar yang susah hilang mood....

Lu pikir la sendiri....

Anonymous said...

Mr. Sham@poksey: Saudara nampaknya hanya melihat yang tersurat dengan istilah 'zaman ict' yang saya gunakan. Saya tidak menjurus kepada apa yang saudara perincikan.

Terima kasih atas respon saudara.

BurungBelatuk said...

kegemilangan xmengira darjat kan cikgu..apapun, aku bangsa kat budak tu dan kat cikgu2 yang xpilih kasih dalam menebarkan jaringan ilmu...

Mr. Sham@poksey said...

Apa2 la mendewa.... Rialitinyer... Masih ramai lagi orang miskin yang tak dapat bersekolah.... Jangan ingat melaysia nai dah maju , semuanya dapat belajar di sekolah...

rasai dan alami sendiri...

Cikgu Noor's E-Card Collections...

Semua koleksi E-card dibawah ini adalah percuma... Sila copy & paste di blog anda...
Copy kod dlm text area ni dan paste kat blog!
Cikgu Noor At SEMI
Copy kod dlm text area ni dan paste kat blog!

Cikgu Noor At SEMI
Copy kod dlm text area ni dan paste kat blog!
Cikgu Noor At SEMI
Copy kod dlm text area ni dan paste kat blog!

Cikgu Noor At SEMI
Copy kod dlm text area ni dan paste kat blog!

Cikgu Noor At SEMI
Copy kod dlm text area ni dan paste kat blog!

Cikgu Noor At SEMI
Copy kod dlm text area ni dan paste kat blog!

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template