
PERHATIAN...
Kepada sesiapa yang ingin mengambil gambar, video, artikel, ikon dan slideshow disini untuk disiarkan dimana-mana webpage lain, sila minta kebenaran daripada admin atau e-mel kepada Cikgu Noor seperti dibawah.
Terima kasih.
Kategori...
- Aktiviti Sekolah (5)
- Berita Luar (7)
- Berita SEMI (15)
- Cerita Raya (1)
- Diariku (13)
- Doa Mustajab (2)
- Galeri Foto (22)
- Galeri Video (3)
- Info Komputer-Internet (1)
- Info Sains (2)
- Informasi (18)
- Koperasi (3)
- Lawatan (3)
- Motivasi (2)
- Muat Turun (2)
- Mutiara Kata (2)
- My Famili (12)
- My Hubby (4)
- Prinsip Perakaunan (2)
- Sudut Kesihatan (3)
- Tips belajar (2)
- Website Bagus (4)
Pengetua SMK Inanam
Pn. Norayati Mohamad
PK 1 SMK Inanam
Pn. Rohani Abdullah
Guru-Guru SEMI...
Sekitar SEMI...
My Followers
Prinsip Perakaunan...
Bahan Rujukan Pelajar :
Modul Latihan Pelajar :
Muat Turun Soalan :
Pautan Lain...
Petua Mendisiplinkan Diri...
2.Fokus terhadap cara pencapaian matlamat anda.
3.Tulis matlamat anda dan jika boleh, lekatkannya di tempat yang sesuai.
4.Ambil langkah-langkah untuk mencapai matlamat anda.
5.Anda boleh "enjoy" sedikit tetapi jangan biarkannya membantut pencapaian matlamat anda.
6.Kaji perkembangan pencapaian matlamat dan hapuskan sebarang kelemahan yang wujud.
7.Jadikan moto "Saya Boleh" sebagai prinsip hidup anda.
Petua Bahagia...
1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
(a) Mental, pendidikan dan ilmu
(b) Emosi
(c) Fizikal dan ekonomi
(d) Sosial
(e) Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
(a) Pendapat atau pandangan
(b) Hobi
(c) Kegemaran
(d) Makanan
(e) Cita rasa
(f) Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.
Tempat kita sembang dan bertanya khabar...
Monday, December 29, 2008
Ketawa..suatu senaman

Salam Maal Hijrah 1430 ..
1 Muharram, kini tiba lagi..Alhamdulillah, kita masih diberi peluang oleh yang Esa untuk terus mengecap nikmat dunia. Tapi harus diingat, setiap yang hidup, akan kembali jua padaNya. Jadi, masa dan peluang yang diberi mudah-mudahan digunakan sebaik mungkin untuk menginsafi dosa-dosa silam.Wednesday, December 17, 2008
Pesanan buat anak didikku..
Hayatilah bersama..
Petikan dari blog cikgu idrus.
Sunday, December 7, 2008
Minda separuh sedar (Subconcious Mind)
Saya tertarik salah satu permintaan tip yang diterima pada awal bulan hari tu adalah berkenaan dengan “Subconcious Mind”. Jarang sekali saya menulis artikel berkaitan Minda Separuh Sedar oleh kerana konsepnya agak rumit untuk diceritakan. Namun, bagi mereka yang pernah menyertai Workshop Jutawan Internet tahu bahawa Minda Separuh Sedar memainkan peranan yang penting dalam kejayaan saya.Minda kita bertindak dalam beberapa “level” antaranya adalah, sedar (seperti anda ketika ini- anda sedar yang anda membaca tip ini) dan separa sedar (Subconcious).
Sekiranya anda bijak menggunakan minda separuh sedar anda, ia merupakan salah satu kunci mencapai kejayaan. Namun, ramai yang tidak tahu tentang “minda separuh sedar” sebenarnya tidak perasan yang mereka juga menggunakan minda separuh sedar.
Sebagai contoh, berkali-kali saya menulis tip untuk anda senaraikan matlamat anda. Mengapa? Ini adalah kerana dengan menulis, matlamat tersebut bukan sahaja akan terlekat pada kertas, malah, ia akan terlekat di minda separuh sedar anda dan memudahkan anda mencari peluang-peluang untuk mencapai matlamat tersebut.
Ingat tak salah satu tip saya pernah tulis adalah untuk anda merancang hari anda pada malam sebelumnya? Mengapa malam? Ini adalah kerana, minda separuh sedar adalah aktif ketika kita tidur (kita tak sedar, tetapi minda sedang aktif). Dengan perancangan yang anda lakukan sebelum tidur, minda akan berfungsi merialisasikan perancangan itu.
Pernah tak anda mempunyai masalah yang anda tidak tahu cara menyelesaikannya? Dan anda duduk terfikir-fikir sebelum tidur…
Apabila bangun pagi, sedar-sedar lampu mentol menyala (bukan lampu terangkan bilik!) Lampu mentol idea menyala… dan secara automatik anda tahu jalan penyelesaian masalah anda.
Itu adalah minda separuh sedar (subconcious mind) sedang berfungsi!
Sumber : http://www.irfankhairi....subconcious-mind/
Saturday, December 6, 2008
Tips Kesihatan - Mandi air sejuk..
LUPAKAN dahulu tentang rasa menggigil atau keinginan untuk mandi dengan selesa di bawah pancuran air hangat. Mengikut petua orang-orang tua dan kini disokong pula oleh banyak kajian klinikal, mereka yang sedang sakit tekak, demam selesema, sakit kepala ataupun batuk, disyorkan agar membiasakan diri dengan amalan mandi air sejuk pada awal pagi.Air sejuk bertindak ‘mengejutkan’ sistem imunisasi seterusnya mengaktifkan penghasilan hormon untuk keperluan tubuh secara keseluruhan. Ini bermakna, hormon tersebut dapat membantu mengawal keadaan normal tubuh daripada simptom-simptom dan kesan akibat penyakit tertentu.
Ketika itulah hormon dihasilkan dan kemudian disebarkan semula ke seluruh bahagian tubuh apabila salur darah yang sejuk mencairkan darah bagi memudahkan peredaran hingga ke lapisan kulit.
Dalam kajian yang dijalankan di Thrombosis Research Institute, Hospital Brompton di London mendapati bahawa amalan mandi air sejuk boleh meninggalkan kesan yang dramatik termasuk memperbaiki penghasilan hormon seks yang membantu memulih tenaga lelaki dan kesuburan wanita.
Selain itu, ia juga boleh memberi tenaga kepada mereka yang mengalami sindrom letih yang teruk, mengurangkan kes serangan jantung dan strok (kerana ia melancarkan peredaran darah), serta meningkatkan paras sel darah putih.
Sumber : http://www.kosmo.com.my
Tuesday, December 2, 2008
78 Mutiara Kata Dr. HM Tuah Iskandar...
Di sini ada 78 Mutiara Kata daripada Dr HM Tuah Iskandar untuk dijadikan pedoman....
1. "Berlarilah terus hingga ke garisan penamat, sebab perlumbaan yang tidak sampai ke garisan penamat tidak pernah selesai."
2. "Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan mati, daripada hidup bagaikan arang."
3. "Pengetahuan adalah teman anda yang terbaik. Ia sentiasa mengikut anda ke mana pun anda pergi. Tatkala semua orang menolak anda, pengetahuan tetap membisikkan sesuatu yang berharga."
4. "Jadilah orang cerdik supaya senang hidup tapi kalau dah terlalu senang selalu jadi tak cerdik."
5. "Tupai kalau tak pernah jatuh ke tanah kira memang pandai, tapi bila jatuh itu tentu terlebih pandai."
6. "Jika anda mengaku orang jadilah orang, jangan jadi orang-orang."
7. "Usah mimpi menakluk bintang kalau bulan pun tak kelihatan."
8. "Orang yang banyak duit selalunya tak bawa duit dalam poket tapi kadang-kadang orang yang tak bawa duit dalam poket sebab memang tak berduit."
9. "Jika anda diperdaya orang, itu tandanya anda baik, sebab orang jahat tak akan pilih orang jahat untuk diperdayakan."
10. "Belumlah seseorang itu layak digelar pendekar selagi dia belum berjuang."
11. "Jangan takut terlambat. Yang paling bahaya adalah berhenti dan langsung tak bertindak."
12. "Apa nak takut dengan madu, masuk ke perut jadi ubat; tapi takutilah lebah, kalau menyerang boleh padam."
13. "Kaya bukan tiket hidup bahagia tapi kalau tak kaya kembarnya derita."
14. "Paling indah hidup apabila kita mendapat semua yang kita inginkan, tapi paling tak indah bila dah dapat itulah punca masalah hidup kita."
15. "Nak pandai belajarlah, tapi kalau nak memandai-mandai tak payah tunggu pandai."
16. "Sembahyang itu ketenangan. Ketenangan benihnya kepintaran, kepintaran itu jawapnya kecemerlangan. "
17. "Manusia takut pada hantu tapi tak takut berperangai macam hantu."
18. "Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia."
19. "Pesawat yang betul bukan saja memastikan kita selamat ke destinasi yang betul, tapi penghujung yang betul."
20. "Baca buku menyuluh ilmu. Ilmu dibaca banyak manfaat, kenapa susah sangat nak baca buku. Kan buku tu penuh khasiat."
21. "Bawa pulang seorang sahabat yang tidak jemu-jemu menasihat - buku."
22. "Setiap jalan keluar dari alam perkahwinan jawapannya derita, sengsara dan air mata."
23. "Nak mencium wangi jangan berdiri atas duri."
24. "Tanamlah benih yang baik supaya kamu memetik hasil yang baik."
25. "Nak buat sesuatu jangan terjah dulu tapi belajarlah dulu."
26. "Fikir itu kepalanya berkat."
27. "Cinta untuk dinikmati bukan ditangisi."
28. "Tak semua yang indah tu membahagiakan, kadang-kadang ia hanya indah di anak mata, bila di tangan sendiri ia berubah warna."
29. "Usah direnung ke langit hingga terlupakan bumi, sedangkan langit tak mungkin dicapai, bumi setia di bawah telapak kaki."
30. "Tak ada orang untung sepanjang masa; ada ketikanya rugi jugak; tak ada orang rugi sepanjang masa, ada ketikanya untung jugak. "
31. "Tatkala kita di bawah yakinlah kita pasti akan berada di atas, dan tatkala kita berada di atas yakinlah kita tak selamanya di situ."
32. "Bertindaklah seperti apa yang kita nak jadi."
33. "Usah berhenti mencari maklumat baru sebab setiap maklumat baru menjadi titik pemisah kita daripada tertipu."
34. "Kecemerlangan itu bermula dari kebahagiaan dan kebahagiaan itu bermula dari keredhaan TUHAN, manakala keredhaan TUHAN itu datangnya dari semua perbuatan baik yang kita lakukan."
35. "Hidup bukan perjudian tapi perjuangan."
36. "Setiap perjalanan hidup adalah pengalaman. Setiap pengalaman itu adalah pengetahuan. Setiap pengetahuan bermakna kepandaian dan setiap kepandaian bermakna kehidupan yang lebih istimewa."
37. "Perjalanan adalah sebaik-baik guru."
38. "Mengajar binatang bercakap lebih mudah daripada mengajar manusia berhenti bercakap."
39. "Perkahwinan adalah satu tanggungjawab untuk saling bertanggungjawab."
40. "Tak guna membeli buku kalau tak dibaca, tapi itu lebih baik daripada langsung tak kenal buku."
41. "Kita menghormati diri kita apabila kita berikan dia kesempatan mengenal ilmu."
42. "Berfikirlah dulu sesaat sebelum bertindak terus sepuluh minit."
43. "Hakikatnya banyak bangsa di dunia ini telah merdeka tapi fikirannya masih terbelenggu oleh penjara diri."
44.
"Yang mahu ke depan ramai. Yang sanggup berdepan saja tak ramai."
45. "Kalau nak tahu kita ini tinggi atau rendah, jangan tengok orang tinggi tapi tengoklah orang rendah."
46. "Bagi yang tahu, yang susah itu adalah senang, bagi yang tak tahu yang senang itu adalah susah. Tapi bagi yang tak tahu tapi mengaku tahu, yang senang itu akan menyusahkan orang yang tahu."
47. "Orang yang hidupnya menyusahkan orang sebenarnya bukanlah orang."
48. "Perkara yang paling seronok dibuat ialah berhutang, perkara yang paling susah untuk dibuat ialah membayar hutang."
49. "Pada asasnya hidup itu tidaklah susah, yang susah ciri-ciri untuk menjadikan hidup itu suatu kehidupan dan biasanya ciri-ciri itu kita sendiri yang menciptanya."
50. "Sesuatu yang berharga tak mudah mendapatkannya, ibarat memetik bintang di hujung dunia."
51. "Bukan semua laba itu nikmat, adakalanya laba mendatangkan bala."
52. "Genggam bara api biar sampai jadi intan."
53. "Kalau hidung masih berhingus jangan fikir soal kahwin, tapi kalau hidung asyik berhingus itu mungkin tanda menyesal sebab berkahwin."
54. "Jodoh memberatkan kepala, setelah mendapat jodoh boleh jadi semakin memberatkan kepala."
55. "Biar berdiri di puncak tertinggi tapi tanah masih di kaki daripada kaki memang di tanah, tapi merasakan tidak jejak ke bumi."
56. "Penjara diri jauh lebih berbahaya daripada penjara besi."
57. "Nak tidur itu mudah, yang payah nak tidur nyenyak sepanjang malam, bebas dari igauan ngeri, bebas dari gangguan nyamuk, bebas dari ngorok."
58. "Negara yang maju bukan negara yang merdeka tapi bagaimana mereka menafsirkan erti kemerdekaan itu."
59. "Lihatlah alam cari kehebatan, lihatlah diri cari motivasi."
60. "Selamatkanlah dirimu dari penjara diri kerana ia lebih berbahaya daripada penjara besi."
61. "Usah ditengok tuahnya orang, tuah sendiri berada di kaki, usah tergadai menjadi arang, tapi terus teguh memotivasi diri."
62. "Pelajaran itu penting, ibarat lilin apabila bekalan elektik terputus."
63. "Kan lebih bagus kita ada benda dan boleh berbangga dengan apa yang kita ada daripada kita langsung tak boleh berbangga sebab langsung tak ada apa-apa."
64. "Jadilah cerdik supaya bergeliga, tapi tak usah terlalu bergeliga nanti hilang pula cerdiknya."
65. "Bukan cantik saja isunya, tapi kesihatan yang utama. Bukan lawa dan hansem saja matlamatnya, tapi kesihatan yang utama."
66. "Yang penting tindakannya bukan apa yang hanya berlegar di dalam fikirannya."
67. "Kita tertarik ke belakang, faktor luaran tak banyak campurtangan, yang sebetulnya diri kita sendiri yang jadi dalang."
68. "Orang baik jarang mengaku jahat, tapi orang jahat seronok mengaku baik."
69. "Bukan semua yang manis itu manis adakalanya di hujung lidah ia manis di hujung tekak menjadi pahit."
70. "Maut juruintai yang tak pernah lalai."
71. "Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan mati, daripada hidup bagaikan arang."
72. "Tak ada kerja cuba menjaja, cuba-cuba jugalah menjaja gula, tak ada kerja cari kerja, dah ada kerja tak senonoh pula."
73. "Usah terlalu hairan melihat pelangi tapi terlebih hairanlah melihat bagaimana kamu berdiri."
74. "Berjaya dalam hidup sekarang ini ialah lambang orang yang bekerja keras. Hanya orang yang bekerja keras dan kuat berusaha akan menikmati kejayaan. Dan hanya orang yang berani saja akan mampu menterjemahkan kejayaannya dalam bentuk benda. Dan hanya orang yang betul-betul larat, berkeupayaan dan berkemampuan saja yang sanggup memiliki benda yang jarang-jarang orang mampu memilikinya."
75. "Alam sediakalanya cantik dan semua usaha dalam alam ini asalnya cantik, tinggal kita saja nak bagi lebih cantik atau tak nak bagi cantik."
76. "Musuh kita yang paling jahat adalah hati kita, tapi kawan kita yang baik pun adalah hati kita."
77. "Memuji sorang sama sorang itu ampu namanya, mengeji di khalayak ramai itu cabaran namanya, sebab itu pujian adalah racun, cacian adalah penawar."
78. "Tanpa mulut lidah tak berfungsi, tanpa lidah mulut tak bererti."
Pelajar SMK Rantau Panjang, Kelantan mengharungi banjir selepas selesai menduduki kertas SPM semalam. - Gambar ihsan dari KOSMOCuti-cuti begini terasa nak balik kampung tapi disebabkan cuaca tak menentu dan "ongkos" pergi balik tak cukup, terpaksalah lepak saja di Sabah. Lagipun, masih ada kerja sekolah yang belum dibereskan.
Monday, December 1, 2008
Website Prinsip Akaun SPM - Sabah...
Lama web ini, http://www.sabah.edu.my/csm07003/utama.htm hanya untuk matapelajaran Prinsip Perakaunan yang dikelolakan oleh Cikgu Rithuwan Nasir. Pelbagai soalan dan nota untuk tingkatan 4 & 5 disediakan. Para pelajar boleh bertanya berkenaan prinsip akaun dengan cikgu Rithuwan dibahagian buku pelawat. Semoga laman web ini boleh dimanfaatkan dengan berkesan.Sunday, November 30, 2008
The top five cancer-causing foods - Health
2. Processed meats and bacon
3. Doughnuts
4. French fries
5. Chips, crackers, and cookies
BRAIN DAMAGING HABITS
1. No Breakfast
2. Overeating
It causes hardening of the brain arteries, leading to a decrease in mental power.
3. Smoking
It causes multiple brain shrinkage and may lead to Alzheimer disease.
4. High Sugar consumption
Too much sugar will interrupt the absorption of proteins and nutrients causing malnutrition and may interfere with brain development.
5. Air Pollution
6. Sleep Deprivation
7. Head covered while sleeping
Sleeping with the head covered increases the concentration of carbon dioxide and decrease concentration of oxygen that may lead to brain damaging effects.
8. Working your brain during illness
Working hard or studying with sickness may lead to a decrease in effectiveness of the brain as well as damage the brain.
9. Lacking in stimulating thoughts
Thinking is the best way to train our brain, lacking in brain stimulation thoughts may cause brain shrinkage.
10. Talking Rarely
Intellectual conversations will promote the efficiency of the brain
Sumber : www.fropki.com
Kursus Penataran Format Baru PA SPM 2009
Berikut adalah nota dalam kursus tersebut (klik untuk muat turun)
Taklimat Penataran
Format Pentaksiran
Ceramah telah di sampaikan oleh :
En. Mazelan b Zamidi
Pn. Amnah bt Sahran
Sumber : Portal prinsip perakaunan JPN Kelantan
Gula hidup dijumpai di Bima sakti...
MOLEKUL seumpama manisan itu dikesan terapung bebas di angkasa dan membantu pembentukan bintang baru.Glycolaldehyde secara signifikan ialah molekul yang bertindak balas kepada bahan kimia dikenali sebagai ribose dan menjadi kunci utama kewujudan asid nukleik untuk hidupan bernyawa.
Molekul itu mula ditemui di wilayah pembentukan bintang besar G31.41+031 yang terletak di pusat galaksi pada tahun 2000 lalu menerusi teleskop radio dengan jarak 26,000 tahun cahaya.
"Glycolaldehyde berbentuk bijirin halus terbang sebagai gelombang mikro seumpama makanan kepada bintang baru lahir," kata Maria Teresa Beltran dari Universiti Barcelona. - Agensi
Sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content....g=du_09.htm
Saturday, November 29, 2008
Lama web Komuniti E-Keluarga sangat bagus untuk dilayari oleh ibu bapa. Banyak perkara yang boleh anda layari dan untuk diketahui seperti petua, doa, nasihat, resepi masakan terbaru, cerpen, kisah nabi, rintone dan bermacam-macam lagi...Doa Mohon Terbuka Hati & Faham...
Study Guides & Strategies website...
Laman web Study Guides & Strategies ini bagus untuk semua golongan iaitu pelajar sekolah rendah, menengah ataupun universiti. Ia ada dalam banyak bahasa seperti Inggeris, Indonesia, Arab, Sepanyol, Perancis, Belanda dan pelbagai bahasa lagi. Untuk kemudahan, cikgu cadangkan para pelajar menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Indonesia untuk menyenangkan anda membacanya.Laman web ini membicarakan cara2 belajar berkesan, strategi untuk berjaya dan bermacam-macam lagi yang berkaitan dengan pelajaran. Apa lagi...? Layarila segera... Tak rugi...
Pertandingan Bahas Ala Parlimen (SM) Peringkat Kebangsaan...
Sayang sekali sebab gambar Cikgu Noor semasa menjadi Yang Dipertua Dewan untuk pertandingan antara wakil negeri Selangor bertemu wakil daripada negeri Pulau Pinang tidak dapar disiarkan kerana ada masalah teknikal. Apapun tugas telah terlaksana walaupun baru 1st time mencuba. Terima kasih kepada pengetua sekolah, Pn Hjh, Norayati Mohamad kerana memberi peluang dan ruang untuk menjadi speaker dewan.....
Happy 6th Anniversary....
Thursday, November 27, 2008
Teknik Belajar Berkesan
Terdapat beberapa kaedah yang dapat membantu pelajar-pelajar sebagai panduan.
1. Menyediakan jadual pembelajaran secara sistematik.
2. Rutin belajar yang sama pada tiap-tiap hari bagi melatih otak menerima tabiat belajar.
3. Pilihlah masa untuk mengulangkaji sewaktu semangat belajar di tahap maksimum.
4. Elakkan perkara-perkara yang mengganggu proses pembelajaran. Ahli keluarga harus bertolak ansur dalam memberi ruang untuk anda belajar.
5. Nota yang telah dibuat hendaklah diulangkaji pada hari
yang sama.
6. Anda akan mendapat lebih manfaat sekiranya anda mempunyai matlamat belajar.
7. Elakkan belajar di tempat yang boleh menyebabkan rasa mengantuk.
8. Belajarlah dengan tujuan menimba ilmu bukanlah sekadar untuk lulus peperiksaan.
Pelajar-pelajar yang kandas adalah pelajar-pelajar yang :
1. Tidak mempunyai jadual belajar yang tetap dan hanya bergantung kepada "mood" untuk belajar.
2. Tidak suka mengulangkaji pelajaran dan selalu mengulangkaji pelajaran di saat-saat akhir peperiksaan.
3. Mengganggap TV dan lagu dapat membantu memudahkan mengulangkaji pelajaran.
4. Belajar semata-mata untuk peperiksaan.
Bahan ini diterjemah dari :-
Learning Skill Center
The University of Texas at Austin
(Study Tips)
http://myschoolnet.ppk.kpm.my/tips_kb/tekn...knikbelajar.htm
Monday, November 24, 2008
XP Driver Collections for Acer & Compaq Laptop...
> Acer Aspire 4720 Notebooks Driver for Windows XP
> Install Windows XP on Dell Inspiron 1525 or Downgrading Vista to XP
> Acer Aspire 5040 XP driver
> Aspire 4930, 4925 Windows XP Drivers
> Download XP Drivers for Acer Aspire 5315
> XP Driver For Compaq Presario C738TU
> XP Driver For Acer Aspire 4925 / 4925G - Aspire 4930 / 4930G
> Acer Aspire 3690 Drivers XP
> How to install Windows XP on Compaq Presario F700 Laptop.
Cikgu Noor's E-Card Collections...
Search
Welcome...!!!
Koleksi gambar2 cikgunoor dan famili boleh dilihat di sini http://www.flickr.com/photos/rinda06/
Terima kasih.
Mari Berpantun...
Halwa Telinga...
Sudut Komputer / Internet
> XP Drivers for Compaq Presario V3828AU Laptop
> Acer Aspire 4720 Notebooks Driver for Windows XP
> Install Windows XP on Dell Inspiron 1525 or Downgrading Vista to XP
> Acer Aspire 5040 XP driver
> Aspire 4930, 4925 Windows XP Drivers
> Download XP Drivers for Acer Aspire 5315
> XP Driver For Compaq Presario C738TU
> XP Driver For Acer Aspire 4925 / 4925G - Aspire 4930 / 4930G
> Acer Aspire 3690 Drivers XP
> How to install Windows XP on Compaq Presario F700 Laptop.
Tutor Online :
> Portal Pendidikan Utusan
> Home Tuition Malaysia
Educational Games Online :
> Games For Kids
Please choose from one of our fun and educational games below:
- Whack a Difference
- Hangman
- Math Search
- Cup Stacking
- The Typing of the Ghosts
- Tower of Hanoi
- Flip It
- Memory Lights
- Memory Flip
- Coin Weighing
> FunBrain.Com
Member Blog List...
-
-
Hal berkhatan.7 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Info Kesihatan...














