"Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat - hikmat Mu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmat Mu, wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"
"Bila hati tenang, tempat yang sempit terasa lapang, tapi bila hati tidak tenang, tempat yang luas terasa sempit dan menghimpit.."

Tempat kita sembang dan bertanya khabar...

Friday, April 24, 2009

Cikgu Noor dah selamat bersalin...







Pada 23/4/2009, jam 11.30am, cikgu noor selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.85kg di wad bersalin Hospital Likas. Baby dan ibunya sihat. Alhamdulillah....

Saturday, April 18, 2009

Naper baby nih...?

Jumaat 17 April 2009. Dari semalam lagi baby perut asyik dok mengeras. Ni tanda-tanda awal nak beranak la ni. Adush....

Tapi mesti ke sekolah sebab ada tugas yang belum diserahkan kepada cikgu yang bertanggungjawab. Hubby taknak bagi kesekolah tapi cikgu berdegil gak. Selagi terdaya, kerja tetap kerja....

Majlis Anugerah Kecemerlangan 2008

Majlis anugerah ni diadakan di dewan SMK (A) Inanam pada hari khamis, 16 April 2009. Cikgu terpaksa jadi MC lagi sebab orang yang ditugaskan menjalankan tugas ini tarik diri di saat akhir. Terpaksalah dengan perut yang membuyut ini cikgu manjadi MC dengan terpaksa agar majlis berjalan lancar.
Majlis ini berakhir jam 12 tghari. Cikgu terus balik. Rasa dah tak larat. Baby dalam perut ni menunggu masa yang sesuai untuk menatap wajah abah dan ummi dia nih.

Wednesday, April 1, 2009

Virus serang Internet sempena 1 April

LONDON - Para pemilik komputer disaran supaya berwaspada berikutan virus Conficker dipercayai akan menyerang Internet hari ini bersempena 'hari penipuan' atau April Fool, lapor sebuah akhbar semalam.

Virus yang sudah menjangkiti lebih 10 buah komputer di seluruh dunia itu dibimbangi boleh melumpuhkan sistem jaringan Internet.

Pakar-pakar memberi amaran virus itu boleh digunakan untuk mencari dan mencuri nombor dan kata laluan kad kredit atau melumpuhkan laman web seperti Google.

"Komputer-komputer yang dijangkiti Conficker akan menjadi rangkaian komputer zombie dan boleh digunakan untuk menghantar e-mel atau menyerang laman web lain," kata seorang pegawai di firma keselamatan Internet Sophos, Graham Cluley.

Pengeluar perisian komputer terbesar di dunia, Microsoft sudah menawarkan perisian percuma untuk memusnahkan virus itu.

Sumber : KOSMO

Cikgu Noor's E-Card Collections...

Semua koleksi E-card dibawah ini adalah percuma... Sila copy & paste di blog anda...
Copy kod dlm text area ni dan paste kat blog!
Cikgu Noor At SEMI
Copy kod dlm text area ni dan paste kat blog!

Cikgu Noor At SEMI
Copy kod dlm text area ni dan paste kat blog!
Cikgu Noor At SEMI
Copy kod dlm text area ni dan paste kat blog!

Cikgu Noor At SEMI
Copy kod dlm text area ni dan paste kat blog!

Cikgu Noor At SEMI
Copy kod dlm text area ni dan paste kat blog!

Cikgu Noor At SEMI
Copy kod dlm text area ni dan paste kat blog!

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template