"Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat - hikmat Mu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmat Mu, wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"
"Bila hati tenang, tempat yang sempit terasa lapang, tapi bila hati tidak tenang, tempat yang luas terasa sempit dan menghimpit.."

Tempat kita sembang dan bertanya khabar...

Saturday, May 30, 2009

36 hari sudah berpantang....

Dah 36 hari cikgunoor berpantang tapi hari ni nak makan roti planta. Mana tahan beb... Nak rasa la skit... Ni ikut hubby pergi beli barang dapur skit sebab esok nak buat kenduri cukur rambut Huda.
Mana roti canai nih..? Punya la lama menunggu nih...

Saturday, May 23, 2009

Gadis 17 tahun jadi doktor


YOGYAKARTA - Seorang remaja kelahiran Banda Aceh, Riana Helmi menjadi doktor pada usia 17 tahun 11 bulan, lapor sebuah akhbar semalam.


Dr. Riana yang bertubuh kecil berjaya menamatkan pengajian selama tiga tahun enam bulan dengan memperoleh purata nilai gred kumulatif 3.67.

"Ya, Alhamdulillah, saya menjadi siswazah perubatan termuda," kata gadis itu di Universiti Gadjah Mada, di sini.

Dr. Riana lahir di Banda Aceh, Nanggroe, Aceh Darussalam pada 22 Mac 1991 dan dia mendaftar memasuki fakulti perubatan universiti itu pada September 2005 menerusi saluran bakat istimewa.

Ketika itu, dia berumur 14 tahun. Gadis itu tidak menyembunyikan kesukarannya ketika menyiapkan tugasan ketika belajar bersama pelajar yang lebih tua daripadanya. "Kesulitan kerana tugas yang banyak tetapi syukurlah semua itu dapat saya atasi," katanya yang belajar mengenai kanser payu dara.


Dr. Riana bercita-cita untuk melanjutkan pengajiannya dengan menjadi doktor pakar. Sejak kecil, dia dikenali kerana memiliki kecerdasan yang istimewa ketika belajar di sekolah menengah di Sukabumi, Jawa Barat dengan melompat kelas.


Dia akan menjadi doktor perubatan sepenuh masa selepas dua tahun menjalani latihan. "Saya sama seperti pelajar-pelajar lain yang tidak menumpukan sepenuh masa hanya dengan belajar," katanya. - Agensi

Friday, April 24, 2009

Cikgu Noor dah selamat bersalin...







Pada 23/4/2009, jam 11.30am, cikgu noor selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.85kg di wad bersalin Hospital Likas. Baby dan ibunya sihat. Alhamdulillah....

Saturday, April 18, 2009

Naper baby nih...?

Jumaat 17 April 2009. Dari semalam lagi baby perut asyik dok mengeras. Ni tanda-tanda awal nak beranak la ni. Adush....

Tapi mesti ke sekolah sebab ada tugas yang belum diserahkan kepada cikgu yang bertanggungjawab. Hubby taknak bagi kesekolah tapi cikgu berdegil gak. Selagi terdaya, kerja tetap kerja....

Majlis Anugerah Kecemerlangan 2008

Majlis anugerah ni diadakan di dewan SMK (A) Inanam pada hari khamis, 16 April 2009. Cikgu terpaksa jadi MC lagi sebab orang yang ditugaskan menjalankan tugas ini tarik diri di saat akhir. Terpaksalah dengan perut yang membuyut ini cikgu manjadi MC dengan terpaksa agar majlis berjalan lancar.
Majlis ini berakhir jam 12 tghari. Cikgu terus balik. Rasa dah tak larat. Baby dalam perut ni menunggu masa yang sesuai untuk menatap wajah abah dan ummi dia nih.

Wednesday, April 1, 2009

Virus serang Internet sempena 1 April

LONDON - Para pemilik komputer disaran supaya berwaspada berikutan virus Conficker dipercayai akan menyerang Internet hari ini bersempena 'hari penipuan' atau April Fool, lapor sebuah akhbar semalam.

Virus yang sudah menjangkiti lebih 10 buah komputer di seluruh dunia itu dibimbangi boleh melumpuhkan sistem jaringan Internet.

Pakar-pakar memberi amaran virus itu boleh digunakan untuk mencari dan mencuri nombor dan kata laluan kad kredit atau melumpuhkan laman web seperti Google.

"Komputer-komputer yang dijangkiti Conficker akan menjadi rangkaian komputer zombie dan boleh digunakan untuk menghantar e-mel atau menyerang laman web lain," kata seorang pegawai di firma keselamatan Internet Sophos, Graham Cluley.

Pengeluar perisian komputer terbesar di dunia, Microsoft sudah menawarkan perisian percuma untuk memusnahkan virus itu.

Sumber : KOSMO

Friday, February 27, 2009

Banyaknyer kerja...

Kerja kat sekolah bertimbun... Kat rumah plak adush.... Orang gaji pun dah berhenti... Terpaksa bergilir-gilir dengan suami jaga anak2. Pagi, suami hantar anak2 g sekolah. Petang, bila balik sekolah, suami pula pergi kerja.

Sunday, January 25, 2009

Janurari - Bulan yang busyyyyyy......

Menyibuk? Sibuk ? Argh.... apa-apa je lah... Janji memang sibuk g**a... Turun ke sekolah dari pukul 6.15 pagi dan balik rumah pulak kekadang tu pukul 5 ptg baru sampai. Rumah bukan jauh sangat pun dari sekolah tapi benyak perkaa yang perlu di bereskan disekolah.

Semalam ada sukan di sekolah. Aku jadi pengacara majlis. Dok bercakap dari pagi sampai petang sampai naik serak suara nih.

Cikgu Noor's E-Card Collections...

Semua koleksi E-card dibawah ini adalah percuma... Sila copy & paste di blog anda...
Copy kod dlm text area ni dan paste kat blog!
Cikgu Noor At SEMI
Copy kod dlm text area ni dan paste kat blog!

Cikgu Noor At SEMI
Copy kod dlm text area ni dan paste kat blog!
Cikgu Noor At SEMI
Copy kod dlm text area ni dan paste kat blog!

Cikgu Noor At SEMI
Copy kod dlm text area ni dan paste kat blog!

Cikgu Noor At SEMI
Copy kod dlm text area ni dan paste kat blog!

Cikgu Noor At SEMI
Copy kod dlm text area ni dan paste kat blog!

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template