"Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat - hikmat Mu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmat Mu, wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"
"Bila hati tenang, tempat yang sempit terasa lapang, tapi bila hati tidak tenang, tempat yang luas terasa sempit dan menghimpit.."

Tempat kita sembang dan bertanya khabar...

Wednesday, December 31, 2008

Anak tukang cuci dapat 8A

JASIN 30 Dis. - Anak tukang cuci di Hospital Melaka (HM) muncul seorang daripada 879 pelajar di negeri ini yang berjaya memperoleh 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2008, yang diumumkan hari ini.

Nurul Adha Khamis adalah antara 88 calon PMR 2008 dari Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah yang mencatat keputusan cemerlang itu, yang melayakkan sekolah tersebut tersenarai antara tiga terbaik di Melaka.

Menurutnya, walaupun keluarganya hidup dalam serba kekurangan namun ia tidak pernah mematahkan semangatnya untuk meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan itu.

''Sebaliknya kesusahan keluarga mendorong saya belajar bersungguh-sungguh dan saya akan pastikan mendapat keputusan cemerlang juga dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dua tahun lagi," katanya.

Anak ketiga daripada sembilan beradik itu ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di Kampung Tedong Pantai, Merlimau di sini hari ini.

Bapanya, Khamis Harun, 53, hanya berpendapatan RM500 sebulan dan terpaksa membuat kerja sampingan menjual kuih-muih yang dibuat ibunya, Asmah Nasir, 40, kepada rakan sekerja.

Ujarnya, bagi memastikan kesemua anaknya mendapat pendidikan yang sempurna, hampir setiap hari bapanya membawa kuih-muih tersebut untuk dijual di HM.

Petikan : Artikel dari Utusan Malaysia Online

Kepada semua anak didikku, ingatlah kesusahan itu bukan alasan untuk berpeluk tubuh. Sebaliknya jadikanlah ia pembakar semangat untuk kita lebih berusaha. Ingat, mereka yang berjaya di luar sana, bukan semuanya dari golongan berada..Kesusahan mengajar mereka untuk lebih berjaya dalam hidup..


Kembali bertugas..

Semalam, 30hb November berlangsungnya Mesyuarat Guru Kali Pertama 2009. Sepatutnye bermula jam 8 pagi, tapi menunggu penuh korum mau dekat jam 8.30 jugak baru start meeting. Semua yang hadir nampak ceria dan bersemangat. Maklum la nak masuk tahun baru. Barangkali masing-masing membawa azam baru. Tapi yang tak bestnya, awal2 lagi aku dah ditegur pengetua, sebab hanya berslack n berblouse. Sepatutnya berpakaian formal. Dengan selamber plak aku menjawab, "oo..ye ke?" Apa punya soalan da.. Dah tahu meeting tu, maksudnye formal la. Tapi bukan aku sorang yang kena, ada gak dua tiga org guru lain yang ditegur. He he..Sori boss..

Time meeting ni, banyak maklumat dan info terbaru yang dimaklumkan oleh pengetua. Yang ditunggu-tunggu dan penuh kontroversi biasanya agihan tugas dan jadual waktu la. Tp kami hanya diedarkan senarai agihan tugas je. Jadual waktu, tunggu 2hb nanti akan diedarkan. Nak kata seronok dengan tugasan yang baru dibagi, x jugak. Ada gak le yang tak berkenan di hati. Tapi apa nak buat, terima je la walaupun tak berapa rela.

Ada member yang pening trus, lepas dapat tugasan baru. Terkezut!!! N tak rela.. Takut x mampu laksanakannya. Esp klu yang tugasan tu memerlukan kita deal dengan rakan setugas. Klu ngan student takpe, boleh dimarah, diketuk(sekarang takleh), tapi klu dengan kwn2 camana? Semuanya perlu pada kekuatan mental..Kena tahan hati je la. Anyway kepada semua rakan-rakan n kepada diri sendiri, kita terima je tugasan yang dibagi n laksanakannya dengan baik setakat kemampuan yang ada. Lets think positif..Ye ke? Saja nak sedapkan hati je ni..He he

Dalam meeting tu jgk, pengetua ada mengingatkan semua guru supaya bertugas dengan lebih baik pada tahun akan datang. Insyaallah Puan, kami para guru akan cuba laksanakan tugas dan amanah yang diberi dengan sebaik mungkin.. Insyaallah.

Meeting berakhir lebih kurang jam 10 am. Kami d jamu dengan nasi dagang dan beehoon goreng..Alhamdulillah. Kalau slalu dapat makan free, makin bersemangat la guru-guru buat keja.. Heheh..Gurau je, jangan marah aaa....

Anyway kepada semua rakan guru, selamat kembali bertugas..Moga kita akan jadi warga pendidik yang mampu menyumbang sesuatu yang bermakna untuk nusa dan bangsa tercinta. Amin...

Monday, December 29, 2008

Ketawa..suatu senaman


Menurut kajian, ketawa 10 minit sama mcm kita melakukan senaman selama setengah jam. Amacam? Jom la kita ketawa..Boleh release tension, boleh gak regangkan muka..So, banyak-banyakkan ketawa tapi jangan sampai ter'over'.

Salam Maal Hijrah 1430 ..

1 Muharram, kini tiba lagi..Alhamdulillah, kita masih diberi peluang oleh yang Esa untuk terus mengecap nikmat dunia. Tapi harus diingat, setiap yang hidup, akan kembali jua padaNya. Jadi, masa dan peluang yang diberi mudah-mudahan digunakan sebaik mungkin untuk menginsafi dosa-dosa silam.

Kepada semua pengunjung cuba fikir-fikirkan berapa ramai yang meraikan Tahun baru Islam ni?? Sambutannya tidak sehebat dan semeriah sambutan tahun baru omputeh? Salah siap? Kita? Sama-sama kita fikirkan di mana silapnya.

Apapun, mudah-mudahan tahun baru ini menjadikan kita individu yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya meskipun siapa kita..Insyaallah.

Thursday, December 25, 2008

Nasi lemak teh o..

Pagi ni aku d rumah je ngan anak-anak. Nak breakfast apa ye? Rasanya lama dah tak makan nasik lemak. Ok la masuk dapur jap. Ada ikan bilis, so boleh buat projek nasik lemak nih. Mintak Midah tolong goreng bilis jap. Sambil aku plak sediakan bahan-bahan lain. Anak2? Dok tengok kartun kat luar tu. Apa lagi CERIA je memanjang. Umi yang boring. X boleh tengok channel lain.

Sementara tunggu nasi lemak siap, goreng roti sardin dulu la. Boleh anak2 buat alas perut. Ok! Nasi lemak dah ready..Alamak, perut plak dah kenyang. Apa taknya, dah makan roti tadi. So nasi lemak tunggu makan tengahari je la. Untuk abang, nanti balik keja la makan yer. He he

Wednesday, December 24, 2008

Seharian di rumah..

Rasanya dah lama x update blog ni. Xde benda menarik plak nak di tulis. Kelmarin, seharian di rumah. Habiskan masa melayan karenah anak-anak. Awal lagi diorang bangun sekarang. Dulu biasanya mau dekat jam 10 baru bukak mata. Sekarang ni, dengar je abah bangun pagi, terus semuanya ikut bangun. Pagi-pagi ni breakfast ngan nasi goreng je ye. Lama x goreng nasik. Anak-anak makan kemain berselera. Alhamdulillah inilah rezeki kami pagi ni. Kalau time umi takde kat umah, cik midah(our maid) buat bubur nasik je. Tiap2 ari. Keboringan budak2 tu. Cian. Takpe, time ummi kat umah ni, masak je apa yang anak mau makan. Setakat cokodok, nasik goreng tu, kira terrer la. Yang lain-lain boleh la skit2. He he he.

Sebelah petangnya, landing-landing je ngan anak2 sambil tengok tv n tido. Dekat jam 5 baru bangun semuanya. Termasuk umminya sekali. Best punyer tido. Lepas makan-makan, bawak anak-anak turun g main kat parking keta yang kosong sebelah umah ni. Seronok betul diorang. Maklumla.. terlepas dari kurungan. Seronok tengok anak-anak berlarian. Terdetik dalam hati, Alhamdulillah, syukur anak-anakku sihat semuanya.

Hari Isnin ari tu bawak Iman ngan Kakak Hani g potong rambut. Iman x penah berambut pendek, kali ni memang jadi handsome boy trus. Biasa org dok ingat dia girl. Apa taknyer, rambut panjang, muka pulak girlish habis. Ini fesyen rambut masuk sekolah. Mudah-mudahan diorang seronok bersekolah nanti. Belajar bagus-bagus ya sayang.. Jadi anak-anak yang baik dan berguna untuk keluarga, bangsa, agama dan negara. Amin...

Saturday, December 20, 2008

Pengawas oh pengawas.

Hari ni cikgu di kedai lagi. Nak siapkan sikit lagi kerja sekolah yang tertinggal. Kali ni buat perancangan untuk Badan pengawas tahun depan plak. Malas nak tunggu masuk sekolah baru nak buat. Nanti banyak lagi kerja-kerja yang menunggu. Jadi, mana-mana yang boleh disiapkan buat je la dulu.

Tahun depan diberi tugasan yang agak mencabar, SU badan pengawas. Banyak benda yang dirancang, tapi tak tau la terlaksana atau tidak. Mudah-mudahan diberi kelapangan dan kesihatan yang baik..dan semoga semuanya berjalan seperti yang dirancang.

Tahun depan, organisasi pengawas akan dirombak dan pihak pentadbiran mahu meningkatkan imej pengawas sekolah supaya lebih berdaya saing dan komited dalam menjalankan tugas. Apa pun yang diharapkan, semuanya tidak akan berjaya jika tiada kerjasama semua pihak. Semoga bakal-bakal pengawas tahun hadapan bakal memberikan sepenuh komitmen dalam menjalankan tugas.

Kalau diimbas kenangan zaman persekolahan dulu, bila sebut ja pengawas, semua orang respect. Barangkali student dulu lebih matang pemikirannya berbanding sekarang. Anyway, good luck 4 all the school prefects, buat yang terbaik demi kesejahteraan bersama.

Wednesday, December 17, 2008

Pesanan buat anak didikku..

Kata anak kampung , "ayah...cek tak kisah pakai baju lama pun takpa, asal cek dapat pi sekolah, asal cek dapat gembirakan ayah." Kata anak loaded, "cek nak pakai yang branded, geli tengok pakai cap itik angsa yang juai kat pekan sehari." Kata seorang guru, " apapun pakaian mu...ku terima untuk mendidikmu agar kau bisa mengenang 'pakaian' ayah & ibumu ketika dia sibuk menyekolahkan mu...."

Hayatilah bersama..

Petikan dari blog cikgu idrus.

Selesai jugak akhirnya...

Hari ni, ku sambung lagi kerja sekolah yang belum selesai. Marking paper final exam student lower 6. Sambil marking, mulut tak berenti mengomel. Tension ada, geram ada, kelakar pun ada.. Macam-macam jawapan ada. Tapi satu je persamaan jawapan diorang. Malas nak tulis esei. Ada ke hantar jawapan dua keping je. Tu pun tak penuh. Soalan mintak dalam bentuk esei, diorang bagi point-point je. Heran jugak. Takkan tak cukup masa. 3 jam tu dah ngam2 tu untuk jawab 1 soalan struktur dan 3 soalan esei.

Sebelum semak aritu, risau jgk kalau2 x sempat siapkan marking sebelum bukak sekolah ni. Tp bila tengok jawapan..ermmm..sehari pun dah boleh siapkan 30 skrip jawapan. Apa taknyer, jawapan tah apa2. Mesti diorang ni tak ulangkaji. Result memang mengecewakan. Kalau Aisyah tau result student dia ni, mesti geleng kepala x sudah.

Apa-apa pun kepada anak didikku sekalian yang rajin berkunjung ke blog cikgu ni, tolong-tolong la rajin mengulangkaji. Bukan untuk cikgu, tapi untuk kebaikan kalian jugak. Ingat!!! Aktif macam mana pun dalam kokum, pastikan akademik is the first.

Monday, December 15, 2008

hati -hati guna PC di tempat umum


 For your information.. be careful

HATI2 KALAU MEMAKAI PC DI TEMPAT UMUM (SEPERTI INTERNET CAFE, DLL…) CEK BELAKANG PC DAN LIHAT APAKAH ALAT INI ADA DI BELAKANG PC, BILA ADA, JGN PAKAI PC ITU!!!!

Alat ini dicucuk di hujung cable keyboard yg terhubung ke PC, ini digunakan untuk menyimpan semua data yg telah diketik oleh keyboard itu…

Kebanyakan ini dipakai di Internet kafe, pameran, hotel Dan lapangan terbang. Maka berhati2lah terutama anda yg menggunakan Internet di tempat seperti itu untuk mengakses account bank online atau site penting lainnya.
Setelah anda masuk ke account bank, Dan setelah selesai, meninggalkan PC, itu akan dgn mudahnya untuk membuka account itu kembali dgn apa yg sebelumnya anda ketik, yg telah tersimpan di dlm Black Device.
Jadi, sebaiknya anda periksa dahulu PC jika Ada sesuatu yg mencurigakan di belakangnya sebelum menggunakan Internet di tempat umum untuk mengakses site penting

Semoga informasi ini berguna untuk anda semua.. Dan mencegah terjadinya hal2 yg tdk diinginkan.


Petikan daripada pockids.wordpress.com

Semak kertas lagi...Tapi kecewa dengan resultnya



Hari ni sambung kerja lagi. Semak paper akaun student form 4. Alahai..lemah semangat tengok cara diorang menjawab exam. Camana la nak ambik SPM tahun depan ni? Jawapan yang dibagi macam orang tak study ja. Cikgu yang tak pandai mengajar atau student ni yang x buat ulangkaji?

Paper akaun ni, macam matematik ler. Kena banyak buat latihan. Bukan boleh baca buku gitu je. Practice makes perfect. Apa la strategi yang nak dibuat tahun depan ni? Nak suruh diorang score SPM ni?? Tahun depan plak start format baru. Ada 3 paper plak. Mudah2han, cikgunya ni dapat memberi tunjuk ajar yang baik untuk anak didiknya. Amin...

Sunday, December 14, 2008

Terpaksa berkorban untuk anak...

Hari ni nak ke kedai hubby nak siapkan semak kertas exam murid tapi Iman dan Hani tak sihat. Kena cirit-birit. Mungkin tersalah makan. Semalam Iman muntah-muntah masa tido. Kesian dia....

Terpaksa la lepak dengan anak2 dirumah saja melayan kerenah anak2 nih.

Kenangan bersama hubby...

28 November 2007 tahun lepas. Kenangan anniversary ke-5 kami. Jalan2 ke Tuaran Beach Resort. Kami nak menyewa disana tapi dah full. Takpe lah... Hubby bawak jalan2 dan makan2 saja. Tapi kenangan tetap indah bersaya yang tersayang.

Malamnya, kami sekeluarga keluar makan pizza di Pizza Hut, Likas. Seronok anak2 dapat makan pizza... Kenangan anniversari ke-6...?



Wednesday, December 10, 2008

Menu Raya Aidiladha 2008 - Nasi Kerabu & Roti Jala...

Inilah menu Raya Aidiladha pertama. Nasi kerabu CikguNoor... Lepas hubby balik raya dengan sepupu, apa lagi.... santap ler... Sedap.... Tapi cik abang tu kena ada tumis baru dia makan banyak nasi kerabu tuh. Yang kurangnya, tak ada keropok... semua kedai hubby cari tapi habis...

Petang, kami pergi rumah kakak cikgu Sapiah di Putatan. Ada kenduri doa selamat skit. Ada kambing panggang tapi tak sempat sebab kami kena balik awal. Ada kawan nak datang rumah.










Raya kedua, cikgu buat roti jala... Hehehe... actually hubby yang buat. Cikgu buatkan gulai dia jer. Hubby goreng bihun dan kirai roti jala. Dia yang terrer bab roti jala nih. Dari campuran adunan sampai la mengirainya, dia la. Bab kuah plak, cikgu noor ler... Tapi kekadang tu hubby yang masak gak. Cikgu bagi arahan jer apa yang nak dimasukkan dalam periuk. Hubby cikgu ni sker masak.. Tengok badan la... hehehehe. Busat suda...

Sunday, December 7, 2008

Minda separuh sedar (Subconcious Mind)

Saya tertarik salah satu permintaan tip yang diterima pada awal bulan hari tu adalah berkenaan dengan “Subconcious Mind”. Jarang sekali saya menulis artikel berkaitan Minda Separuh Sedar oleh kerana konsepnya agak rumit untuk diceritakan. Namun, bagi mereka yang pernah menyertai Workshop Jutawan Internet tahu bahawa Minda Separuh Sedar memainkan peranan yang penting dalam kejayaan saya.

Minda kita bertindak dalam beberapa “level” antaranya adalah, sedar (seperti anda ketika ini- anda sedar yang anda membaca tip ini) dan separa sedar (Subconcious).

Sekiranya anda bijak menggunakan minda separuh sedar anda, ia merupakan salah satu kunci mencapai kejayaan. Namun, ramai yang tidak tahu tentang “minda separuh sedar” sebenarnya tidak perasan yang mereka juga menggunakan minda separuh sedar.

Sebagai contoh, berkali-kali saya menulis tip untuk anda senaraikan matlamat anda. Mengapa? Ini adalah kerana dengan menulis, matlamat tersebut bukan sahaja akan terlekat pada kertas, malah, ia akan terlekat di minda separuh sedar anda dan memudahkan anda mencari peluang-peluang untuk mencapai matlamat tersebut.

Ingat tak salah satu tip saya pernah tulis adalah untuk anda merancang hari anda pada malam sebelumnya? Mengapa malam? Ini adalah kerana, minda separuh sedar adalah aktif ketika kita tidur (kita tak sedar, tetapi minda sedang aktif). Dengan perancangan yang anda lakukan sebelum tidur, minda akan berfungsi merialisasikan perancangan itu.

Pernah tak anda mempunyai masalah yang anda tidak tahu cara menyelesaikannya? Dan anda duduk terfikir-fikir sebelum tidur…

Apabila bangun pagi, sedar-sedar lampu mentol menyala (bukan lampu terangkan bilik!) Lampu mentol idea menyala… dan secara automatik anda tahu jalan penyelesaian masalah anda.

Itu adalah minda separuh sedar (subconcious mind) sedang berfungsi!


Sumber : http://www.irfankhairi....subconcious-mind/

Saturday, December 6, 2008

Kerja, cuti dan anak

Cuti akhir tahun ni ingat nak bercuti sakan, tp x dapat jugak. Kertas exam student masih banyak yang menunggu untuk disemak. Takpelah dah memang kerjaku. Awal2 ari tu, siapkan kerja lain dulu.

Nasib baik anak-anak memahami. Umi terpaksa tinggalkan kalian dulu kat rumah ya. Kalau nak buat kerja kat rumah memang x siap la jawabnya. Apa taknya, ada saja la yang dibuat oleh baby2 comel ku itu. Memang x boleh bagi perhatian kat kerja.

Tengok la gaya si kecik tu, nak tulis lah, nak buku lah..macam-macam...So the solution is...Ikut suami ke kedai, buat keja kat sana, sambil2 tolong apa yang patut. Harap-harap kerjaku settle sebelum penghujung cuti. Insyaallah.

Tips Kesihatan - Mandi air sejuk..

LUPAKAN dahulu tentang rasa menggigil atau keinginan untuk mandi dengan selesa di bawah pancuran air hangat. Mengikut petua orang-orang tua dan kini disokong pula oleh banyak kajian klinikal, mereka yang sedang sakit tekak, demam selesema, sakit kepala ataupun batuk, disyorkan agar membiasakan diri dengan amalan mandi air sejuk pada awal pagi.

Air sejuk bertindak ‘mengejutkan’ sistem imunisasi seterusnya mengaktifkan penghasilan hormon untuk keperluan tubuh secara keseluruhan. Ini bermakna, hormon tersebut dapat membantu mengawal keadaan normal tubuh daripada simptom-simptom dan kesan akibat penyakit tertentu.


Secara teorinya, tubuh manusia memberi reaksi pada kesan penyejukan dengan mengumpulkan semua darah yang panas ke bahagian teras badan untuk menghimpunkan khasiat sekali gus melindungi organ-organ penting.

Ketika itulah hormon dihasilkan dan kemudian disebarkan semula ke seluruh bahagian tubuh apabila salur darah yang sejuk mencairkan darah bagi memudahkan peredaran hingga ke lapisan kulit.

Dalam kajian yang dijalankan di Thrombosis Research Institute, Hospital Brompton di London mendapati bahawa amalan mandi air sejuk boleh meninggalkan kesan yang dramatik termasuk memperbaiki penghasilan hormon seks yang membantu memulih tenaga lelaki dan kesuburan wanita.

Selain itu, ia juga boleh memberi tenaga kepada mereka yang mengalami sindrom letih yang teruk, mengurangkan kes serangan jantung dan strok (kerana ia melancarkan peredaran darah), serta meningkatkan paras sel darah putih.

Sumber : http://www.kosmo.com.my

Thursday, December 4, 2008

Friend From German....

Gambar kenangan bersama Rick.

Pada 2 Disember 2008, cikgu lepak-lepak di Warisan2u.Com sambil-sambil menyemak kertas exam murid-muris cikgu nih. Dah dekat masuk waktu magrib, hujan renyai diluar. Tiba-tiba datang la satu mat salleh ni. Dia tanya pasal RAM untuk laptop dia. Cikgu kata tak ada stock. Mat salleh ni peramah. Cikgu tawarkan khidmat membaiki komputer tapi dia menolak kerana dia pun tahu membaiki komputer, katanya. Rupanya dia juga seorang juruteknik komputer.

Cikgu bertanyakan apa namanya. Nama dia ialah Enrico @ Rick. Berasal dari Jeman. Walaupun Rick hanya tahu perkataan " Terima kasi", "Apa khabar", dia tidak segan untuk berbual. Dia fasih beberapa bahasa seperi bahasa Inggeris, Jepun, German, dll.

Kami memberitahu dia beberapa tempat menarik untuk dilawati seperi Kundasang, Sepilok, Sandakan, Tawau dan juga beberapa tempat di Semenanjung Malaysia. Rick berkata di sangat terkejut bila sampai di Sabah. Dalam fikirannya, dia ingat orang2 di Kepulauan Borneo ni masih tinggal di atas pokok.

Begitulah pandangan orang luar terhadap negara kita. Cikgu berharap, anak2 murid cikgu atau sesiapa sahaja yang belajar diluar negara tu, sebarkanlah keunikan negara kita ini kepada orang luar. Biar seluruh dunia tahu bahawasanya negara kita ini sebuah negara yang sudah maju.

Tuesday, December 2, 2008

78 Mutiara Kata Dr. HM Tuah Iskandar...

DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj atau nama sebenarnya TUAH FADILAH ITHNIN, anak ke-9 dari sepuluh beradik, dilahirkan di Muar, Johor pada tahun 1960. Ayah beliau seorang yang sangat dihormati semasa hayatnya kerana merupakan seorang yang sangat kaya. Para pekedai cina di pekan kelahirannya memanggil beliau ‘taukey’. Sehingga kini setiap kali drtuah pulang ke kampung, para pekedai cina masih memanggilnya anak taukey. Untuk mengetahui dengan lanjut, anda boleh layari laman webnya di http://www.drtuah.com

Di sini ada 78 Mutiara Kata daripada Dr HM Tuah Iskandar untuk dijadikan pedoman....

1. "Berlarilah terus hingga ke garisan penamat, sebab perlumbaan yang tidak sampai ke garisan penamat tidak pernah selesai."

2. "Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan mati, daripada hidup bagaikan arang."

3. "Pengetahuan adalah teman anda yang terbaik. Ia sentiasa mengikut anda ke mana pun anda pergi. Tatkala semua orang menolak anda, pengetahuan tetap membisikkan sesuatu yang berharga."

4. "Jadilah orang cerdik supaya senang hidup tapi kalau dah terlalu senang selalu jadi tak cerdik."

5. "Tupai kalau tak pernah jatuh ke tanah kira memang pandai, tapi bila jatuh itu tentu terlebih pandai."

6. "Jika anda mengaku orang jadilah orang, jangan jadi orang-orang."

7. "Usah mimpi menakluk bintang kalau bulan pun tak kelihatan."

8. "Orang yang banyak duit selalunya tak bawa duit dalam poket tapi kadang-kadang orang yang tak bawa duit dalam poket sebab memang tak berduit."

9. "Jika anda diperdaya orang, itu tandanya anda baik, sebab orang jahat tak akan pilih orang jahat untuk diperdayakan."

10. "Belumlah seseorang itu layak digelar pendekar selagi dia belum berjuang."

11. "Jangan takut terlambat. Yang paling bahaya adalah berhenti dan langsung tak bertindak."

12. "Apa nak takut dengan madu, masuk ke perut jadi ubat; tapi takutilah lebah, kalau menyerang boleh padam."

13. "Kaya bukan tiket hidup bahagia tapi kalau tak kaya kembarnya derita."

14. "Paling indah hidup apabila kita mendapat semua yang kita inginkan, tapi paling tak indah bila dah dapat itulah punca masalah hidup kita."

15. "Nak pandai belajarlah, tapi kalau nak memandai-mandai tak payah tunggu pandai."

16. "Sembahyang itu ketenangan. Ketenangan benihnya kepintaran, kepintaran itu jawapnya kecemerlangan. "

17. "Manusia takut pada hantu tapi tak takut berperangai macam hantu."

18. "Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia."

19. "Pesawat yang betul bukan saja memastikan kita selamat ke destinasi yang betul, tapi penghujung yang betul."

20. "Baca buku menyuluh ilmu. Ilmu dibaca banyak manfaat, kenapa susah sangat nak baca buku. Kan buku tu penuh khasiat."

21. "Bawa pulang seorang sahabat yang tidak jemu-jemu menasihat - buku."

22. "Setiap jalan keluar dari alam perkahwinan jawapannya derita, sengsara dan air mata."

23. "Nak mencium wangi jangan berdiri atas duri."

24. "Tanamlah benih yang baik supaya kamu memetik hasil yang baik."

25. "Nak buat sesuatu jangan terjah dulu tapi belajarlah dulu."

26. "Fikir itu kepalanya berkat."

27. "Cinta untuk dinikmati bukan ditangisi."

28. "Tak semua yang indah tu membahagiakan, kadang-kadang ia hanya indah di anak mata, bila di tangan sendiri ia berubah warna."

29. "Usah direnung ke langit hingga terlupakan bumi, sedangkan langit tak mungkin dicapai, bumi setia di bawah telapak kaki."

30. "Tak ada orang untung sepanjang masa; ada ketikanya rugi jugak; tak ada orang rugi sepanjang masa, ada ketikanya untung jugak. "

31. "Tatkala kita di bawah yakinlah kita pasti akan berada di atas, dan tatkala kita berada di atas yakinlah kita tak selamanya di situ."

32. "Bertindaklah seperti apa yang kita nak jadi."

33. "Usah berhenti mencari maklumat baru sebab setiap maklumat baru menjadi titik pemisah kita daripada tertipu."

34. "Kecemerlangan itu bermula dari kebahagiaan dan kebahagiaan itu bermula dari keredhaan TUHAN, manakala keredhaan TUHAN itu datangnya dari semua perbuatan baik yang kita lakukan."

35. "Hidup bukan perjudian tapi perjuangan."

36. "Setiap perjalanan hidup adalah pengalaman. Setiap pengalaman itu adalah pengetahuan. Setiap pengetahuan bermakna kepandaian dan setiap kepandaian bermakna kehidupan yang lebih istimewa."

37. "Perjalanan adalah sebaik-baik guru."

38. "Mengajar binatang bercakap lebih mudah daripada mengajar manusia berhenti bercakap."

39. "Perkahwinan adalah satu tanggungjawab untuk saling bertanggungjawab."

40. "Tak guna membeli buku kalau tak dibaca, tapi itu lebih baik daripada langsung tak kenal buku."

41. "Kita menghormati diri kita apabila kita berikan dia kesempatan mengenal ilmu."

42. "Berfikirlah dulu sesaat sebelum bertindak terus sepuluh minit."

43. "Hakikatnya banyak bangsa di dunia ini telah merdeka tapi fikirannya masih terbelenggu oleh penjara diri."

44.
"Yang mahu ke depan ramai. Yang sanggup berdepan saja tak ramai."

45. "Kalau nak tahu kita ini tinggi atau rendah, jangan tengok orang tinggi tapi tengoklah orang rendah."

46. "Bagi yang tahu, yang susah itu adalah senang, bagi yang tak tahu yang senang itu adalah susah. Tapi bagi yang tak tahu tapi mengaku tahu, yang senang itu akan menyusahkan orang yang tahu."

47. "Orang yang hidupnya menyusahkan orang sebenarnya bukanlah orang."

48. "Perkara yang paling seronok dibuat ialah berhutang, perkara yang paling susah untuk dibuat ialah membayar hutang."

49. "Pada asasnya hidup itu tidaklah susah, yang susah ciri-ciri untuk menjadikan hidup itu suatu kehidupan dan biasanya ciri-ciri itu kita sendiri yang menciptanya."

50. "Sesuatu yang berharga tak mudah mendapatkannya, ibarat memetik bintang di hujung dunia."

51. "Bukan semua laba itu nikmat, adakalanya laba mendatangkan bala."

52. "Genggam bara api biar sampai jadi intan."

53. "Kalau hidung masih berhingus jangan fikir soal kahwin, tapi kalau hidung asyik berhingus itu mungkin tanda menyesal sebab berkahwin."

54. "Jodoh memberatkan kepala, setelah mendapat jodoh boleh jadi semakin memberatkan kepala."

55. "Biar berdiri di puncak tertinggi tapi tanah masih di kaki daripada kaki memang di tanah, tapi merasakan tidak jejak ke bumi."

56. "Penjara diri jauh lebih berbahaya daripada penjara besi."

57. "Nak tidur itu mudah, yang payah nak tidur nyenyak sepanjang malam, bebas dari igauan ngeri, bebas dari gangguan nyamuk, bebas dari ngorok."

58. "Negara yang maju bukan negara yang merdeka tapi bagaimana mereka menafsirkan erti kemerdekaan itu."

59. "Lihatlah alam cari kehebatan, lihatlah diri cari motivasi."

60. "Selamatkanlah dirimu dari penjara diri kerana ia lebih berbahaya daripada penjara besi."

61. "Usah ditengok tuahnya orang, tuah sendiri berada di kaki, usah tergadai menjadi arang, tapi terus teguh memotivasi diri."

62. "Pelajaran itu penting, ibarat lilin apabila bekalan elektik terputus."

63. "Kan lebih bagus kita ada benda dan boleh berbangga dengan apa yang kita ada daripada kita langsung tak boleh berbangga sebab langsung tak ada apa-apa."

64. "Jadilah cerdik supaya bergeliga, tapi tak usah terlalu bergeliga nanti hilang pula cerdiknya."

65. "Bukan cantik saja isunya, tapi kesihatan yang utama. Bukan lawa dan hansem saja matlamatnya, tapi kesihatan yang utama."

66. "Yang penting tindakannya bukan apa yang hanya berlegar di dalam fikirannya."

67. "Kita tertarik ke belakang, faktor luaran tak banyak campurtangan, yang sebetulnya diri kita sendiri yang jadi dalang."

68. "Orang baik jarang mengaku jahat, tapi orang jahat seronok mengaku baik."

69. "Bukan semua yang manis itu manis adakalanya di hujung lidah ia manis di hujung tekak menjadi pahit."

70. "Maut juruintai yang tak pernah lalai."

71. "Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan mati, daripada hidup bagaikan arang."

72. "Tak ada kerja cuba menjaja, cuba-cuba jugalah menjaja gula, tak ada kerja cari kerja, dah ada kerja tak senonoh pula."

73. "Usah terlalu hairan melihat pelangi tapi terlebih hairanlah melihat bagaimana kamu berdiri."

74. "Berjaya dalam hidup sekarang ini ialah lambang orang yang bekerja keras. Hanya orang yang bekerja keras dan kuat berusaha akan menikmati kejayaan. Dan hanya orang yang berani saja akan mampu menterjemahkan kejayaannya dalam bentuk benda. Dan hanya orang yang betul-betul larat, berkeupayaan dan berkemampuan saja yang sanggup memiliki benda yang jarang-jarang orang mampu memilikinya."

75. "Alam sediakalanya cantik dan semua usaha dalam alam ini asalnya cantik, tinggal kita saja nak bagi lebih cantik atau tak nak bagi cantik."

76. "Musuh kita yang paling jahat adalah hati kita, tapi kawan kita yang baik pun adalah hati kita."

77. "Memuji sorang sama sorang itu ampu namanya, mengeji di khalayak ramai itu cabaran namanya, sebab itu pujian adalah racun, cacian adalah penawar."

78. "Tanpa mulut lidah tak berfungsi, tanpa lidah mulut tak bererti."

Pelajar SMK Rantau Panjang, Kelantan mengharungi banjir selepas selesai menduduki kertas SPM semalam. - Gambar ihsan dari KOSMO

Bila tiba musim tengkujuh, teringat semasa dikampung dahulu. Kampung cikgu selalu banjir. Mak ayah melarang kami adik beradik bermain air banjir. Takut kami dihanyutkan arus deras. Sekolah cikgu dulu SMK Tengku Panglima Raja, Pasir Mas, Kelantan selalu dijadikan pusat pemindahan mangsa banjir. Tapi cikgu tak pernah dipindahkan ke pusat pemindahan mangsa banjir kerana banjir di kawasan rumah kami tidaklah teruk sangat.

Cuti-cuti begini terasa nak balik kampung tapi disebabkan cuaca tak menentu dan "ongkos" pergi balik tak cukup, terpaksalah lepak saja di Sabah. Lagipun, masih ada kerja sekolah yang belum dibereskan.

Monday, December 1, 2008

Kerja Pengauditan Koperasi oleh Juruaudit Dalam...

Penyemakan fail dan dokumen koperasi oleh Encik Norman Sani, Pengerusi Koperasi SMK Inanam Bhd sebelum kerja-kerja pengauditan bermula.

Puan Azlin dan Puan Maine sedang meneliti dokumen dan fail untuk diaudit.

Pada hari Isnin, 1 Disember 2008 bermulanya kerja-kerja pengauditan koperasi oleh 2 orang juruaudit dalam Koperasi SMK Inanam Bhd. Diketua oleh Puan Azlin Matussin bersama rakan setugas Puan Maine Magusun. Selamat menjalankan tugas dengan penuh komitmen dan berintegriti.



Website Prinsip Akaun SPM - Sabah...

Lama web ini, http://www.sabah.edu.my/csm07003/utama.htm hanya untuk matapelajaran Prinsip Perakaunan yang dikelolakan oleh Cikgu Rithuwan Nasir. Pelbagai soalan dan nota untuk tingkatan 4 & 5 disediakan. Para pelajar boleh bertanya berkenaan prinsip akaun dengan cikgu Rithuwan dibahagian buku pelawat. Semoga laman web ini boleh dimanfaatkan dengan berkesan.

Cikgu Noor's E-Card Collections...

Semua koleksi E-card dibawah ini adalah percuma... Sila copy & paste di blog anda...
Copy kod dlm text area ni dan paste kat blog!
Cikgu Noor At SEMI
Copy kod dlm text area ni dan paste kat blog!

Cikgu Noor At SEMI
Copy kod dlm text area ni dan paste kat blog!
Cikgu Noor At SEMI
Copy kod dlm text area ni dan paste kat blog!

Cikgu Noor At SEMI
Copy kod dlm text area ni dan paste kat blog!

Cikgu Noor At SEMI
Copy kod dlm text area ni dan paste kat blog!

Cikgu Noor At SEMI
Copy kod dlm text area ni dan paste kat blog!

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template