"Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat - hikmat Mu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmat Mu, wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"
"Bila hati tenang, tempat yang sempit terasa lapang, tapi bila hati tidak tenang, tempat yang luas terasa sempit dan menghimpit.."

Tempat kita sembang dan bertanya khabar...

Wednesday, December 31, 2008

Anak tukang cuci dapat 8A

JASIN 30 Dis. - Anak tukang cuci di Hospital Melaka (HM) muncul seorang daripada 879 pelajar di negeri ini yang berjaya memperoleh 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2008, yang diumumkan hari ini.

Nurul Adha Khamis adalah antara 88 calon PMR 2008 dari Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah yang mencatat keputusan cemerlang itu, yang melayakkan sekolah tersebut tersenarai antara tiga terbaik di Melaka.

Menurutnya, walaupun keluarganya hidup dalam serba kekurangan namun ia tidak pernah mematahkan semangatnya untuk meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan itu.

''Sebaliknya kesusahan keluarga mendorong saya belajar bersungguh-sungguh dan saya akan pastikan mendapat keputusan cemerlang juga dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dua tahun lagi," katanya.

Anak ketiga daripada sembilan beradik itu ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di Kampung Tedong Pantai, Merlimau di sini hari ini.

Bapanya, Khamis Harun, 53, hanya berpendapatan RM500 sebulan dan terpaksa membuat kerja sampingan menjual kuih-muih yang dibuat ibunya, Asmah Nasir, 40, kepada rakan sekerja.

Ujarnya, bagi memastikan kesemua anaknya mendapat pendidikan yang sempurna, hampir setiap hari bapanya membawa kuih-muih tersebut untuk dijual di HM.

Petikan : Artikel dari Utusan Malaysia Online

Kepada semua anak didikku, ingatlah kesusahan itu bukan alasan untuk berpeluk tubuh. Sebaliknya jadikanlah ia pembakar semangat untuk kita lebih berusaha. Ingat, mereka yang berjaya di luar sana, bukan semuanya dari golongan berada..Kesusahan mengajar mereka untuk lebih berjaya dalam hidup..


Kembali bertugas..

Semalam, 30hb November berlangsungnya Mesyuarat Guru Kali Pertama 2009. Sepatutnye bermula jam 8 pagi, tapi menunggu penuh korum mau dekat jam 8.30 jugak baru start meeting. Semua yang hadir nampak ceria dan bersemangat. Maklum la nak masuk tahun baru. Barangkali masing-masing membawa azam baru. Tapi yang tak bestnya, awal2 lagi aku dah ditegur pengetua, sebab hanya berslack n berblouse. Sepatutnya berpakaian formal. Dengan selamber plak aku menjawab, "oo..ye ke?" Apa punya soalan da.. Dah tahu meeting tu, maksudnye formal la. Tapi bukan aku sorang yang kena, ada gak dua tiga org guru lain yang ditegur. He he..Sori boss..

Time meeting ni, banyak maklumat dan info terbaru yang dimaklumkan oleh pengetua. Yang ditunggu-tunggu dan penuh kontroversi biasanya agihan tugas dan jadual waktu la. Tp kami hanya diedarkan senarai agihan tugas je. Jadual waktu, tunggu 2hb nanti akan diedarkan. Nak kata seronok dengan tugasan yang baru dibagi, x jugak. Ada gak le yang tak berkenan di hati. Tapi apa nak buat, terima je la walaupun tak berapa rela.

Ada member yang pening trus, lepas dapat tugasan baru. Terkezut!!! N tak rela.. Takut x mampu laksanakannya. Esp klu yang tugasan tu memerlukan kita deal dengan rakan setugas. Klu ngan student takpe, boleh dimarah, diketuk(sekarang takleh), tapi klu dengan kwn2 camana? Semuanya perlu pada kekuatan mental..Kena tahan hati je la. Anyway kepada semua rakan-rakan n kepada diri sendiri, kita terima je tugasan yang dibagi n laksanakannya dengan baik setakat kemampuan yang ada. Lets think positif..Ye ke? Saja nak sedapkan hati je ni..He he

Dalam meeting tu jgk, pengetua ada mengingatkan semua guru supaya bertugas dengan lebih baik pada tahun akan datang. Insyaallah Puan, kami para guru akan cuba laksanakan tugas dan amanah yang diberi dengan sebaik mungkin.. Insyaallah.

Meeting berakhir lebih kurang jam 10 am. Kami d jamu dengan nasi dagang dan beehoon goreng..Alhamdulillah. Kalau slalu dapat makan free, makin bersemangat la guru-guru buat keja.. Heheh..Gurau je, jangan marah aaa....

Anyway kepada semua rakan guru, selamat kembali bertugas..Moga kita akan jadi warga pendidik yang mampu menyumbang sesuatu yang bermakna untuk nusa dan bangsa tercinta. Amin...

Monday, December 29, 2008

Ketawa..suatu senaman


Menurut kajian, ketawa 10 minit sama mcm kita melakukan senaman selama setengah jam. Amacam? Jom la kita ketawa..Boleh release tension, boleh gak regangkan muka..So, banyak-banyakkan ketawa tapi jangan sampai ter'over'.

Salam Maal Hijrah 1430 ..

1 Muharram, kini tiba lagi..Alhamdulillah, kita masih diberi peluang oleh yang Esa untuk terus mengecap nikmat dunia. Tapi harus diingat, setiap yang hidup, akan kembali jua padaNya. Jadi, masa dan peluang yang diberi mudah-mudahan digunakan sebaik mungkin untuk menginsafi dosa-dosa silam.

Kepada semua pengunjung cuba fikir-fikirkan berapa ramai yang meraikan Tahun baru Islam ni?? Sambutannya tidak sehebat dan semeriah sambutan tahun baru omputeh? Salah siap? Kita? Sama-sama kita fikirkan di mana silapnya.

Apapun, mudah-mudahan tahun baru ini menjadikan kita individu yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya meskipun siapa kita..Insyaallah.

Thursday, December 25, 2008

Nasi lemak teh o..

Pagi ni aku d rumah je ngan anak-anak. Nak breakfast apa ye? Rasanya lama dah tak makan nasik lemak. Ok la masuk dapur jap. Ada ikan bilis, so boleh buat projek nasik lemak nih. Mintak Midah tolong goreng bilis jap. Sambil aku plak sediakan bahan-bahan lain. Anak2? Dok tengok kartun kat luar tu. Apa lagi CERIA je memanjang. Umi yang boring. X boleh tengok channel lain.

Sementara tunggu nasi lemak siap, goreng roti sardin dulu la. Boleh anak2 buat alas perut. Ok! Nasi lemak dah ready..Alamak, perut plak dah kenyang. Apa taknya, dah makan roti tadi. So nasi lemak tunggu makan tengahari je la. Untuk abang, nanti balik keja la makan yer. He he

Wednesday, December 24, 2008

Seharian di rumah..

Rasanya dah lama x update blog ni. Xde benda menarik plak nak di tulis. Kelmarin, seharian di rumah. Habiskan masa melayan karenah anak-anak. Awal lagi diorang bangun sekarang. Dulu biasanya mau dekat jam 10 baru bukak mata. Sekarang ni, dengar je abah bangun pagi, terus semuanya ikut bangun. Pagi-pagi ni breakfast ngan nasi goreng je ye. Lama x goreng nasik. Anak-anak makan kemain berselera. Alhamdulillah inilah rezeki kami pagi ni. Kalau time umi takde kat umah, cik midah(our maid) buat bubur nasik je. Tiap2 ari. Keboringan budak2 tu. Cian. Takpe, time ummi kat umah ni, masak je apa yang anak mau makan. Setakat cokodok, nasik goreng tu, kira terrer la. Yang lain-lain boleh la skit2. He he he.

Sebelah petangnya, landing-landing je ngan anak2 sambil tengok tv n tido. Dekat jam 5 baru bangun semuanya. Termasuk umminya sekali. Best punyer tido. Lepas makan-makan, bawak anak-anak turun g main kat parking keta yang kosong sebelah umah ni. Seronok betul diorang. Maklumla.. terlepas dari kurungan. Seronok tengok anak-anak berlarian. Terdetik dalam hati, Alhamdulillah, syukur anak-anakku sihat semuanya.

Hari Isnin ari tu bawak Iman ngan Kakak Hani g potong rambut. Iman x penah berambut pendek, kali ni memang jadi handsome boy trus. Biasa org dok ingat dia girl. Apa taknyer, rambut panjang, muka pulak girlish habis. Ini fesyen rambut masuk sekolah. Mudah-mudahan diorang seronok bersekolah nanti. Belajar bagus-bagus ya sayang.. Jadi anak-anak yang baik dan berguna untuk keluarga, bangsa, agama dan negara. Amin...

Saturday, December 20, 2008

Pengawas oh pengawas.

Hari ni cikgu di kedai lagi. Nak siapkan sikit lagi kerja sekolah yang tertinggal. Kali ni buat perancangan untuk Badan pengawas tahun depan plak. Malas nak tunggu masuk sekolah baru nak buat. Nanti banyak lagi kerja-kerja yang menunggu. Jadi, mana-mana yang boleh disiapkan buat je la dulu.

Tahun depan diberi tugasan yang agak mencabar, SU badan pengawas. Banyak benda yang dirancang, tapi tak tau la terlaksana atau tidak. Mudah-mudahan diberi kelapangan dan kesihatan yang baik..dan semoga semuanya berjalan seperti yang dirancang.

Tahun depan, organisasi pengawas akan dirombak dan pihak pentadbiran mahu meningkatkan imej pengawas sekolah supaya lebih berdaya saing dan komited dalam menjalankan tugas. Apa pun yang diharapkan, semuanya tidak akan berjaya jika tiada kerjasama semua pihak. Semoga bakal-bakal pengawas tahun hadapan bakal memberikan sepenuh komitmen dalam menjalankan tugas.

Kalau diimbas kenangan zaman persekolahan dulu, bila sebut ja pengawas, semua orang respect. Barangkali student dulu lebih matang pemikirannya berbanding sekarang. Anyway, good luck 4 all the school prefects, buat yang terbaik demi kesejahteraan bersama.

Wednesday, December 17, 2008

Pesanan buat anak didikku..

Kata anak kampung , "ayah...cek tak kisah pakai baju lama pun takpa, asal cek dapat pi sekolah, asal cek dapat gembirakan ayah." Kata anak loaded, "cek nak pakai yang branded, geli tengok pakai cap itik angsa yang juai kat pekan sehari." Kata seorang guru, " apapun pakaian mu...ku terima untuk mendidikmu agar kau bisa mengenang 'pakaian' ayah & ibumu ketika dia sibuk menyekolahkan mu...."

Hayatilah bersama..

Petikan dari blog cikgu idrus.

Selesai jugak akhirnya...

Hari ni, ku sambung lagi kerja sekolah yang belum selesai. Marking paper final exam student lower 6. Sambil marking, mulut tak berenti mengomel. Tension ada, geram ada, kelakar pun ada.. Macam-macam jawapan ada. Tapi satu je persamaan jawapan diorang. Malas nak tulis esei. Ada ke hantar jawapan dua keping je. Tu pun tak penuh. Soalan mintak dalam bentuk esei, diorang bagi point-point je. Heran jugak. Takkan tak cukup masa. 3 jam tu dah ngam2 tu untuk jawab 1 soalan struktur dan 3 soalan esei.

Sebelum semak aritu, risau jgk kalau2 x sempat siapkan marking sebelum bukak sekolah ni. Tp bila tengok jawapan..ermmm..sehari pun dah boleh siapkan 30 skrip jawapan. Apa taknyer, jawapan tah apa2. Mesti diorang ni tak ulangkaji. Result memang mengecewakan. Kalau Aisyah tau result student dia ni, mesti geleng kepala x sudah.

Apa-apa pun kepada anak didikku sekalian yang rajin berkunjung ke blog cikgu ni, tolong-tolong la rajin mengulangkaji. Bukan untuk cikgu, tapi untuk kebaikan kalian jugak. Ingat!!! Aktif macam mana pun dalam kokum, pastikan akademik is the first.

Monday, December 15, 2008

hati -hati guna PC di tempat umum


 For your information.. be careful

HATI2 KALAU MEMAKAI PC DI TEMPAT UMUM (SEPERTI INTERNET CAFE, DLL…) CEK BELAKANG PC DAN LIHAT APAKAH ALAT INI ADA DI BELAKANG PC, BILA ADA, JGN PAKAI PC ITU!!!!

Alat ini dicucuk di hujung cable keyboard yg terhubung ke PC, ini digunakan untuk menyimpan semua data yg telah diketik oleh keyboard itu…

Kebanyakan ini dipakai di Internet kafe, pameran, hotel Dan lapangan terbang. Maka berhati2lah terutama anda yg menggunakan Internet di tempat seperti itu untuk mengakses account bank online atau site penting lainnya.
Setelah anda masuk ke account bank, Dan setelah selesai, meninggalkan PC, itu akan dgn mudahnya untuk membuka account itu kembali dgn apa yg sebelumnya anda ketik, yg telah tersimpan di dlm Black Device.
Jadi, sebaiknya anda periksa dahulu PC jika Ada sesuatu yg mencurigakan di belakangnya sebelum menggunakan Internet di tempat umum untuk mengakses site penting

Semoga informasi ini berguna untuk anda semua.. Dan mencegah terjadinya hal2 yg tdk diinginkan.


Petikan daripada pockids.wordpress.com

Semak kertas lagi...Tapi kecewa dengan resultnya



Hari ni sambung kerja lagi. Semak paper akaun student form 4. Alahai..lemah semangat tengok cara diorang menjawab exam. Camana la nak ambik SPM tahun depan ni? Jawapan yang dibagi macam orang tak study ja. Cikgu yang tak pandai mengajar atau student ni yang x buat ulangkaji?

Paper akaun ni, macam matematik ler. Kena banyak buat latihan. Bukan boleh baca buku gitu je. Practice makes perfect. Apa la strategi yang nak dibuat tahun depan ni? Nak suruh diorang score SPM ni?? Tahun depan plak start format baru. Ada 3 paper plak. Mudah2han, cikgunya ni dapat memberi tunjuk ajar yang baik untuk anak didiknya. Amin...

Sunday, December 14, 2008

Terpaksa berkorban untuk anak...

Hari ni nak ke kedai hubby nak siapkan semak kertas exam murid tapi Iman dan Hani tak sihat. Kena cirit-birit. Mungkin tersalah makan. Semalam Iman muntah-muntah masa tido. Kesian dia....

Terpaksa la lepak dengan anak2 dirumah saja melayan kerenah anak2 nih.

Kenangan bersama hubby...

28 November 2007 tahun lepas. Kenangan anniversary ke-5 kami. Jalan2 ke Tuaran Beach Resort. Kami nak menyewa disana tapi dah full. Takpe lah... Hubby bawak jalan2 dan makan2 saja. Tapi kenangan tetap indah bersaya yang tersayang.

Malamnya, kami sekeluarga keluar makan pizza di Pizza Hut, Likas. Seronok anak2 dapat makan pizza... Kenangan anniversari ke-6...?



Wednesday, December 10, 2008

Menu Raya Aidiladha 2008 - Nasi Kerabu & Roti Jala...

Inilah menu Raya Aidiladha pertama. Nasi kerabu CikguNoor... Lepas hubby balik raya dengan sepupu, apa lagi.... santap ler... Sedap.... Tapi cik abang tu kena ada tumis baru dia makan banyak nasi kerabu tuh. Yang kurangnya, tak ada keropok... semua kedai hubby cari tapi habis...

Petang, kami pergi rumah kakak cikgu Sapiah di Putatan. Ada kenduri doa selamat skit. Ada kambing panggang tapi tak sempat sebab kami kena balik awal. Ada kawan nak datang rumah.










Raya kedua, cikgu buat roti jala... Hehehe... actually hubby yang buat. Cikgu buatkan gulai dia jer. Hubby goreng bihun dan kirai roti jala. Dia yang terrer bab roti jala nih. Dari campuran adunan sampai la mengirainya, dia la. Bab kuah plak, cikgu noor ler... Tapi kekadang tu hubby yang masak gak. Cikgu bagi arahan jer apa yang nak dimasukkan dalam periuk. Hubby cikgu ni sker masak.. Tengok badan la... hehehehe. Busat suda...

Sunday, December 7, 2008

Minda separuh sedar (Subconcious Mind)

Saya tertarik salah satu permintaan tip yang diterima pada awal bulan hari tu adalah berkenaan dengan “Subconcious Mind”. Jarang sekali saya menulis artikel berkaitan Minda Separuh Sedar oleh kerana konsepnya agak rumit untuk diceritakan. Namun, bagi mereka yang pernah menyertai Workshop Jutawan Internet tahu bahawa Minda Separuh Sedar memainkan peranan yang penting dalam kejayaan saya.

Minda kita bertindak dalam beberapa “level” antaranya adalah, sedar (seperti anda ketika ini- anda sedar yang anda membaca tip ini) dan separa sedar (Subconcious).

Sekiranya anda bijak menggunakan minda separuh sedar anda, ia merupakan salah satu kunci mencapai kejayaan. Namun, ramai yang tidak tahu tentang “minda separuh sedar” sebenarnya tidak perasan yang mereka juga menggunakan minda separuh sedar.

Sebagai contoh, berkali-kali saya menulis tip untuk anda senaraikan matlamat anda. Mengapa? Ini adalah kerana dengan menulis, matlamat tersebut bukan sahaja akan terlekat pada kertas, malah, ia akan terlekat di minda separuh sedar anda dan memudahkan anda mencari peluang-peluang untuk mencapai matlamat tersebut.

Ingat tak salah satu tip saya pernah tulis adalah untuk anda merancang hari anda pada malam sebelumnya? Mengapa malam? Ini adalah kerana, minda separuh sedar adalah aktif ketika kita tidur (kita tak sedar, tetapi minda sedang aktif). Dengan perancangan yang anda lakukan sebelum tidur, minda akan berfungsi merialisasikan perancangan itu.

Pernah tak anda mempunyai masalah yang anda tidak tahu cara menyelesaikannya? Dan anda duduk terfikir-fikir sebelum tidur…

Apabila bangun pagi, sedar-sedar lampu mentol menyala (bukan lampu terangkan bilik!) Lampu mentol idea menyala… dan secara automatik anda tahu jalan penyelesaian masalah anda.

Itu adalah minda separuh sedar (subconcious mind) sedang berfungsi!


Sumber : http://www.irfankhairi....subconcious-mind/

Saturday, December 6, 2008

Kerja, cuti dan anak

Cuti akhir tahun ni ingat nak bercuti sakan, tp x dapat jugak. Kertas exam student masih banyak yang menunggu untuk disemak. Takpelah dah memang kerjaku. Awal2 ari tu, siapkan kerja lain dulu.

Nasib baik anak-anak memahami. Umi terpaksa tinggalkan kalian dulu kat rumah ya. Kalau nak buat kerja kat rumah memang x siap la jawabnya. Apa taknya, ada saja la yang dibuat oleh baby2 comel ku itu. Memang x boleh bagi perhatian kat kerja.

Tengok la gaya si kecik tu, nak tulis lah, nak buku lah..macam-macam...So the solution is...Ikut suami ke kedai, buat keja kat sana, sambil2 tolong apa yang patut. Harap-harap kerjaku settle sebelum penghujung cuti. Insyaallah.

Tips Kesihatan - Mandi air sejuk..

LUPAKAN dahulu tentang rasa menggigil atau keinginan untuk mandi dengan selesa di bawah pancuran air hangat. Mengikut petua orang-orang tua dan kini disokong pula oleh banyak kajian klinikal, mereka yang sedang sakit tekak, demam selesema, sakit kepala ataupun batuk, disyorkan agar membiasakan diri dengan amalan mandi air sejuk pada awal pagi.

Air sejuk bertindak ‘mengejutkan’ sistem imunisasi seterusnya mengaktifkan penghasilan hormon untuk keperluan tubuh secara keseluruhan. Ini bermakna, hormon tersebut dapat membantu mengawal keadaan normal tubuh daripada simptom-simptom dan kesan akibat penyakit tertentu.


Secara teorinya, tubuh manusia memberi reaksi pada kesan penyejukan dengan mengumpulkan semua darah yang panas ke bahagian teras badan untuk menghimpunkan khasiat sekali gus melindungi organ-organ penting.

Ketika itulah hormon dihasilkan dan kemudian disebarkan semula ke seluruh bahagian tubuh apabila salur darah yang sejuk mencairkan darah bagi memudahkan peredaran hingga ke lapisan kulit.

Dalam kajian yang dijalankan di Thrombosis Research Institute, Hospital Brompton di London mendapati bahawa amalan mandi air sejuk boleh meninggalkan kesan yang dramatik termasuk memperbaiki penghasilan hormon seks yang membantu memulih tenaga lelaki dan kesuburan wanita.

Selain itu, ia juga boleh memberi tenaga kepada mereka yang mengalami sindrom letih yang teruk, mengurangkan kes serangan jantung dan strok (kerana ia melancarkan peredaran darah), serta meningkatkan paras sel darah putih.

Sumber : http://www.kosmo.com.my

Thursday, December 4, 2008

Friend From German....

Gambar kenangan bersama Rick.

Pada 2 Disember 2008, cikgu lepak-lepak di Warisan2u.Com sambil-sambil menyemak kertas exam murid-muris cikgu nih. Dah dekat masuk waktu magrib, hujan renyai diluar. Tiba-tiba datang la satu mat salleh ni. Dia tanya pasal RAM untuk laptop dia. Cikgu kata tak ada stock. Mat salleh ni peramah. Cikgu tawarkan khidmat membaiki komputer tapi dia menolak kerana dia pun tahu membaiki komputer, katanya. Rupanya dia juga seorang juruteknik komputer.

Cikgu bertanyakan apa namanya. Nama dia ialah Enrico @ Rick. Berasal dari Jeman. Walaupun Rick hanya tahu perkataan " Terima kasi", "Apa khabar", dia tidak segan untuk berbual. Dia fasih beberapa bahasa seperi bahasa Inggeris, Jepun, German, dll.

Kami memberitahu dia beberapa tempat menarik untuk dilawati seperi Kundasang, Sepilok, Sandakan, Tawau dan juga beberapa tempat di Semenanjung Malaysia. Rick berkata di sangat terkejut bila sampai di Sabah. Dalam fikirannya, dia ingat orang2 di Kepulauan Borneo ni masih tinggal di atas pokok.

Begitulah pandangan orang luar terhadap negara kita. Cikgu berharap, anak2 murid cikgu atau sesiapa sahaja yang belajar diluar negara tu, sebarkanlah keunikan negara kita ini kepada orang luar. Biar seluruh dunia tahu bahawasanya negara kita ini sebuah negara yang sudah maju.

Tuesday, December 2, 2008

78 Mutiara Kata Dr. HM Tuah Iskandar...

DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj atau nama sebenarnya TUAH FADILAH ITHNIN, anak ke-9 dari sepuluh beradik, dilahirkan di Muar, Johor pada tahun 1960. Ayah beliau seorang yang sangat dihormati semasa hayatnya kerana merupakan seorang yang sangat kaya. Para pekedai cina di pekan kelahirannya memanggil beliau ‘taukey’. Sehingga kini setiap kali drtuah pulang ke kampung, para pekedai cina masih memanggilnya anak taukey. Untuk mengetahui dengan lanjut, anda boleh layari laman webnya di http://www.drtuah.com

Di sini ada 78 Mutiara Kata daripada Dr HM Tuah Iskandar untuk dijadikan pedoman....

1. "Berlarilah terus hingga ke garisan penamat, sebab perlumbaan yang tidak sampai ke garisan penamat tidak pernah selesai."

2. "Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan mati, daripada hidup bagaikan arang."

3. "Pengetahuan adalah teman anda yang terbaik. Ia sentiasa mengikut anda ke mana pun anda pergi. Tatkala semua orang menolak anda, pengetahuan tetap membisikkan sesuatu yang berharga."

4. "Jadilah orang cerdik supaya senang hidup tapi kalau dah terlalu senang selalu jadi tak cerdik."

5. "Tupai kalau tak pernah jatuh ke tanah kira memang pandai, tapi bila jatuh itu tentu terlebih pandai."

6. "Jika anda mengaku orang jadilah orang, jangan jadi orang-orang."

7. "Usah mimpi menakluk bintang kalau bulan pun tak kelihatan."

8. "Orang yang banyak duit selalunya tak bawa duit dalam poket tapi kadang-kadang orang yang tak bawa duit dalam poket sebab memang tak berduit."

9. "Jika anda diperdaya orang, itu tandanya anda baik, sebab orang jahat tak akan pilih orang jahat untuk diperdayakan."

10. "Belumlah seseorang itu layak digelar pendekar selagi dia belum berjuang."

11. "Jangan takut terlambat. Yang paling bahaya adalah berhenti dan langsung tak bertindak."

12. "Apa nak takut dengan madu, masuk ke perut jadi ubat; tapi takutilah lebah, kalau menyerang boleh padam."

13. "Kaya bukan tiket hidup bahagia tapi kalau tak kaya kembarnya derita."

14. "Paling indah hidup apabila kita mendapat semua yang kita inginkan, tapi paling tak indah bila dah dapat itulah punca masalah hidup kita."

15. "Nak pandai belajarlah, tapi kalau nak memandai-mandai tak payah tunggu pandai."

16. "Sembahyang itu ketenangan. Ketenangan benihnya kepintaran, kepintaran itu jawapnya kecemerlangan. "

17. "Manusia takut pada hantu tapi tak takut berperangai macam hantu."

18. "Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia."

19. "Pesawat yang betul bukan saja memastikan kita selamat ke destinasi yang betul, tapi penghujung yang betul."

20. "Baca buku menyuluh ilmu. Ilmu dibaca banyak manfaat, kenapa susah sangat nak baca buku. Kan buku tu penuh khasiat."

21. "Bawa pulang seorang sahabat yang tidak jemu-jemu menasihat - buku."

22. "Setiap jalan keluar dari alam perkahwinan jawapannya derita, sengsara dan air mata."

23. "Nak mencium wangi jangan berdiri atas duri."

24. "Tanamlah benih yang baik supaya kamu memetik hasil yang baik."

25. "Nak buat sesuatu jangan terjah dulu tapi belajarlah dulu."

26. "Fikir itu kepalanya berkat."

27. "Cinta untuk dinikmati bukan ditangisi."

28. "Tak semua yang indah tu membahagiakan, kadang-kadang ia hanya indah di anak mata, bila di tangan sendiri ia berubah warna."

29. "Usah direnung ke langit hingga terlupakan bumi, sedangkan langit tak mungkin dicapai, bumi setia di bawah telapak kaki."

30. "Tak ada orang untung sepanjang masa; ada ketikanya rugi jugak; tak ada orang rugi sepanjang masa, ada ketikanya untung jugak. "

31. "Tatkala kita di bawah yakinlah kita pasti akan berada di atas, dan tatkala kita berada di atas yakinlah kita tak selamanya di situ."

32. "Bertindaklah seperti apa yang kita nak jadi."

33. "Usah berhenti mencari maklumat baru sebab setiap maklumat baru menjadi titik pemisah kita daripada tertipu."

34. "Kecemerlangan itu bermula dari kebahagiaan dan kebahagiaan itu bermula dari keredhaan TUHAN, manakala keredhaan TUHAN itu datangnya dari semua perbuatan baik yang kita lakukan."

35. "Hidup bukan perjudian tapi perjuangan."

36. "Setiap perjalanan hidup adalah pengalaman. Setiap pengalaman itu adalah pengetahuan. Setiap pengetahuan bermakna kepandaian dan setiap kepandaian bermakna kehidupan yang lebih istimewa."

37. "Perjalanan adalah sebaik-baik guru."

38. "Mengajar binatang bercakap lebih mudah daripada mengajar manusia berhenti bercakap."

39. "Perkahwinan adalah satu tanggungjawab untuk saling bertanggungjawab."

40. "Tak guna membeli buku kalau tak dibaca, tapi itu lebih baik daripada langsung tak kenal buku."

41. "Kita menghormati diri kita apabila kita berikan dia kesempatan mengenal ilmu."

42. "Berfikirlah dulu sesaat sebelum bertindak terus sepuluh minit."

43. "Hakikatnya banyak bangsa di dunia ini telah merdeka tapi fikirannya masih terbelenggu oleh penjara diri."

44.
"Yang mahu ke depan ramai. Yang sanggup berdepan saja tak ramai."

45. "Kalau nak tahu kita ini tinggi atau rendah, jangan tengok orang tinggi tapi tengoklah orang rendah."

46. "Bagi yang tahu, yang susah itu adalah senang, bagi yang tak tahu yang senang itu adalah susah. Tapi bagi yang tak tahu tapi mengaku tahu, yang senang itu akan menyusahkan orang yang tahu."

47. "Orang yang hidupnya menyusahkan orang sebenarnya bukanlah orang."

48. "Perkara yang paling seronok dibuat ialah berhutang, perkara yang paling susah untuk dibuat ialah membayar hutang."

49. "Pada asasnya hidup itu tidaklah susah, yang susah ciri-ciri untuk menjadikan hidup itu suatu kehidupan dan biasanya ciri-ciri itu kita sendiri yang menciptanya."

50. "Sesuatu yang berharga tak mudah mendapatkannya, ibarat memetik bintang di hujung dunia."

51. "Bukan semua laba itu nikmat, adakalanya laba mendatangkan bala."

52. "Genggam bara api biar sampai jadi intan."

53. "Kalau hidung masih berhingus jangan fikir soal kahwin, tapi kalau hidung asyik berhingus itu mungkin tanda menyesal sebab berkahwin."

54. "Jodoh memberatkan kepala, setelah mendapat jodoh boleh jadi semakin memberatkan kepala."

55. "Biar berdiri di puncak tertinggi tapi tanah masih di kaki daripada kaki memang di tanah, tapi merasakan tidak jejak ke bumi."

56. "Penjara diri jauh lebih berbahaya daripada penjara besi."

57. "Nak tidur itu mudah, yang payah nak tidur nyenyak sepanjang malam, bebas dari igauan ngeri, bebas dari gangguan nyamuk, bebas dari ngorok."

58. "Negara yang maju bukan negara yang merdeka tapi bagaimana mereka menafsirkan erti kemerdekaan itu."

59. "Lihatlah alam cari kehebatan, lihatlah diri cari motivasi."

60. "Selamatkanlah dirimu dari penjara diri kerana ia lebih berbahaya daripada penjara besi."

61. "Usah ditengok tuahnya orang, tuah sendiri berada di kaki, usah tergadai menjadi arang, tapi terus teguh memotivasi diri."

62. "Pelajaran itu penting, ibarat lilin apabila bekalan elektik terputus."

63. "Kan lebih bagus kita ada benda dan boleh berbangga dengan apa yang kita ada daripada kita langsung tak boleh berbangga sebab langsung tak ada apa-apa."

64. "Jadilah cerdik supaya bergeliga, tapi tak usah terlalu bergeliga nanti hilang pula cerdiknya."

65. "Bukan cantik saja isunya, tapi kesihatan yang utama. Bukan lawa dan hansem saja matlamatnya, tapi kesihatan yang utama."

66. "Yang penting tindakannya bukan apa yang hanya berlegar di dalam fikirannya."

67. "Kita tertarik ke belakang, faktor luaran tak banyak campurtangan, yang sebetulnya diri kita sendiri yang jadi dalang."

68. "Orang baik jarang mengaku jahat, tapi orang jahat seronok mengaku baik."

69. "Bukan semua yang manis itu manis adakalanya di hujung lidah ia manis di hujung tekak menjadi pahit."

70. "Maut juruintai yang tak pernah lalai."

71. "Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan mati, daripada hidup bagaikan arang."

72. "Tak ada kerja cuba menjaja, cuba-cuba jugalah menjaja gula, tak ada kerja cari kerja, dah ada kerja tak senonoh pula."

73. "Usah terlalu hairan melihat pelangi tapi terlebih hairanlah melihat bagaimana kamu berdiri."

74. "Berjaya dalam hidup sekarang ini ialah lambang orang yang bekerja keras. Hanya orang yang bekerja keras dan kuat berusaha akan menikmati kejayaan. Dan hanya orang yang berani saja akan mampu menterjemahkan kejayaannya dalam bentuk benda. Dan hanya orang yang betul-betul larat, berkeupayaan dan berkemampuan saja yang sanggup memiliki benda yang jarang-jarang orang mampu memilikinya."

75. "Alam sediakalanya cantik dan semua usaha dalam alam ini asalnya cantik, tinggal kita saja nak bagi lebih cantik atau tak nak bagi cantik."

76. "Musuh kita yang paling jahat adalah hati kita, tapi kawan kita yang baik pun adalah hati kita."

77. "Memuji sorang sama sorang itu ampu namanya, mengeji di khalayak ramai itu cabaran namanya, sebab itu pujian adalah racun, cacian adalah penawar."

78. "Tanpa mulut lidah tak berfungsi, tanpa lidah mulut tak bererti."

Pelajar SMK Rantau Panjang, Kelantan mengharungi banjir selepas selesai menduduki kertas SPM semalam. - Gambar ihsan dari KOSMO

Bila tiba musim tengkujuh, teringat semasa dikampung dahulu. Kampung cikgu selalu banjir. Mak ayah melarang kami adik beradik bermain air banjir. Takut kami dihanyutkan arus deras. Sekolah cikgu dulu SMK Tengku Panglima Raja, Pasir Mas, Kelantan selalu dijadikan pusat pemindahan mangsa banjir. Tapi cikgu tak pernah dipindahkan ke pusat pemindahan mangsa banjir kerana banjir di kawasan rumah kami tidaklah teruk sangat.

Cuti-cuti begini terasa nak balik kampung tapi disebabkan cuaca tak menentu dan "ongkos" pergi balik tak cukup, terpaksalah lepak saja di Sabah. Lagipun, masih ada kerja sekolah yang belum dibereskan.

Monday, December 1, 2008

Kerja Pengauditan Koperasi oleh Juruaudit Dalam...

Penyemakan fail dan dokumen koperasi oleh Encik Norman Sani, Pengerusi Koperasi SMK Inanam Bhd sebelum kerja-kerja pengauditan bermula.

Puan Azlin dan Puan Maine sedang meneliti dokumen dan fail untuk diaudit.

Pada hari Isnin, 1 Disember 2008 bermulanya kerja-kerja pengauditan koperasi oleh 2 orang juruaudit dalam Koperasi SMK Inanam Bhd. Diketua oleh Puan Azlin Matussin bersama rakan setugas Puan Maine Magusun. Selamat menjalankan tugas dengan penuh komitmen dan berintegriti.



Website Prinsip Akaun SPM - Sabah...

Lama web ini, http://www.sabah.edu.my/csm07003/utama.htm hanya untuk matapelajaran Prinsip Perakaunan yang dikelolakan oleh Cikgu Rithuwan Nasir. Pelbagai soalan dan nota untuk tingkatan 4 & 5 disediakan. Para pelajar boleh bertanya berkenaan prinsip akaun dengan cikgu Rithuwan dibahagian buku pelawat. Semoga laman web ini boleh dimanfaatkan dengan berkesan.

Sunday, November 30, 2008

The top five cancer-causing foods - Health

1. Hot dogs
Because they are high in nitrates, the Cancer Prevention Coalition advises that children eat no more than 12 hot dogs a month. If you can't live without hot dogs, buy those made without sodium nitrate.

2. Processed meats and bacon
Also high in the same sodium nitrates found in hot dogs, bacon, and other processed meats raise the risk of heart disease. The saturated fat in bacon also contributes to cancer.

3. Doughnuts
Doughnuts are cancer-causing double trouble. First, they are made with white flour, sugar, and hydrogenated oils, then fried at high temperatures. Doughnuts, says Adams , may be the worst food you can possibly eat to raise your risk of cancer.

4. French fries
Like doughnuts, French fries are made with hydrogenated oils and then fried at high temperatures. They also contain cancer- causing acryl amides which occur during the frying process. They should be called cancer fries, not French fries, said Adams .

5. Chips, crackers, and cookies
All are usually made with white flour and sugar. Even the ones whose labels claim to be free of Trans-fats generally contain small amounts of Trans-fats.

BRAIN DAMAGING HABITS

1. No Breakfast
People who do not take breakfast are going to have a lower blood sugar level. This leads to an insufficient supply of nutrients to the brain causing brain degeneration.

2. Overeating
It causes hardening of the brain arteries, leading to a decrease in mental power.

3. Smoking
It causes multiple brain shrinkage and may lead to Alzheimer disease.

4. High Sugar consumption
Too much sugar will interrupt the absorption of proteins and nutrients causing malnutrition and may interfere with brain development.

5. Air Pollution
The brain is the largest oxygen consumer in our body. Inhaling polluted air decreases the supply of oxygen to the brain, bringing about a decrease in brain efficiency.

6. Sleep Deprivation
Sleep allows our brain to rest. Long term deprivation from sleep will accelerate the death of brain cells.

7. Head covered while sleeping
Sleeping with the head covered increases the concentration of carbon dioxide and decrease concentration of oxygen that may lead to brain damaging effects.

8. Working your brain during illness
Working hard or studying with sickness may lead to a decrease in effectiveness of the brain as well as damage the brain.

9. Lacking in stimulating thoughts
Thinking is the best way to train our brain, lacking in brain stimulation thoughts may cause brain shrinkage.

10. Talking Rarely
Intellectual conversations will promote the efficiency of the brain

Sumber : www.fropki.com

Kursus Penataran Format Baru PA SPM 2009

Unit Kemanusiaan , Sektor Pembinaan Ujian Akademik, LPM telah menganjurkan kursus 2 hari (3-4 Nov 2008) untuk memberi pendedahan kepada guru-guru zon timur yang melibatkan negeri Kelantan, Terengganu, Pahang serta Selangor. Kursus yang diadakan di Hotel New Pacific KB, Kelantan, ini telah memberi penjelasan tentang format pentaksiran prinsip perakaunan mulai SPM 2009.

Antara perubahan yang ketara dalam SPM 2009 ialah penambahan Kertas 3 (Tugasan Projek) di mana para pelajar dikehendaki menyediakan satu kitaran perakaunan yang lengkap berbantukan ICT yang menyumbangkan 20 % markah dari keseluruhan markah.

Berikut adalah nota dalam kursus tersebut (klik untuk muat turun)

Taklimat Penataran
Format Pentaksiran

Ceramah telah di sampaikan oleh :

En. Mazelan b Zamidi
Pn. Amnah bt Sahran

Sumber : Portal prinsip perakaunan JPN Kelantan

Rahsia Garam Laut Mati

Di dunia ini unsur atom yang paling banyak kegunaannya ialah garam. Pada suatu ketika dahulu, garam adalah suatu bahan yang amat bernilai. Garam dijadikan barang pertukaran untuk mendapatkan barangan lain.

Dari segi sains fizik, garam mempunyai getaran dalam nada frekuensi yang amat langsing, tinggi dan halus. Warna biru dalam hukum fizik mengeluarkan nada atau bunyi-bunyian. Garam mempunyai tekanan yang tinggi dan ada juga mempunyai tekanan yang rendah dan ini boleh memudaratkan mereka yang mempunyai penyakit yang sedia ada.

Garam yang mempunyai nilai potassium yang amat tinggi seperti garam bukit yang amat masin dan digemari binatang-binatang di dalam hutan terbukti amat baik untuk amat kesihatan. Garam rendah seperti sodium pula dapat meneutralkan asid dan gas dalam badan. Laut mati yang amat masin mempunyai fungsi yang sama. Orang-orang tua zaman dahulu menggunakan garam sebagai petua menghalau unsur-unsur tekanan darah dalam julat frekuensi yang besar dan perlahan serta panas sebelum memasuki rumah kosong atau rumah baru yang telah lama tidak diduduki.


Getaran tenaga dalam tubuh manusia banyak persamaan dalam frekuensi bunyi garam. Garam sebenarnya dijadikan sebagai peneutral kepada bahan-bahan yang berasid. As-Sunnah atau amalan Nabi SAW dan orang-orang tua mempraktikkan secubit garam ke dalam lidah sebelum dan selepas makan untuk memastikan bahan-bahan pemakanan yang rendah frekuensinya menjadi lebih tinggi. Rasa atau zat makanan akan dapat dimaksimumkan kerana enzim di dalam perut turut meningkat dengan keperluan sistem penghadaman. Dari itu kita dapat mengelakkan daripada beberapa penyakit seperti gastrik yang disebabkan oleh asid amino yang berlebihan.


Garam juga adalah rahsia kristal yang mempunyai cahaya yang bersinar-sinar. Batu-batu kristal perlu dicuci dengan garam agar ia bercahaya semula. Andaikata ini tidak dibuat maka kristal akan menjadi pudar dan malap. Begitu juga tubuh badan kita jika amalan mandi air garam dijadikan sebagai satu keperluan harian maka kita akan merasai kesegaran dalam merangsang semula mana-mana bahagian organ dalam badan yang telah kehilangan tenaga dan getarannya.


Perakam Tenaga Bunyi

Manusia sememangnya secara semulajadi mempunyai frekuensi bunyi yang amat berbeza di dalam tubuh. Oleh itu, tubuh perlu melakukan amalan ini. Belum ada fakta saintifik yang rasmi mengatakan garam adalah penyebab tekanan darah tinggi dan punca segala penyakit berjangkit. Tetepi valensi atau gabungan antara garam dan pemakanan masam akan membantu keasidan dan keracunan yang menyebabkan pembiakan bakteria yang tidak diperlukan di dalam usus. Garam sebenarnya amat berfaedah kepada manusia. Hukum fizik meletakkan garam sebagai perakam tenaga bunyi yang dirakam pada kristal dan tulang belulang di dalam tubuh.


Tulang sulbi manusia yang terletak di bahagian pinggul juga adalah satu kristal yang akan merangsang deria seksual. Garam adalah pemangkin atau penggalak kepada mana-mana unsur yang lemah. Garam akan melunturkan atau meleraikan kekotoran dan ia amat berkesan di dalam kuasa pembersih yang amat penting di zaman ini. Garam mempunyai kuasa peluntur yang mesra alam atau dapat diterima semula untuk menyuburkan tanah.


Garam dalam konsep mandian seperti di Laut Mati sebenarnya adalah teori pemendapan basah. Semua radiasi yang berada dalam tubuh manusia akan terlerai dan terserap ke dalam air serta dirakam di dalam bumi atau tanah. Seumpama buah oren yang masam atau buah yang mengandungi vitamin C berlebihan akan dapat dineutralkan asidnya jika direndam ke dalam ais yang bergaram. Anda yang berpenyakit sepatutnya berendam di dalam air garam yang mempunyai ais dengan rakaman tenaga getaran ros putih sebagai pemangkin untuk merangsang kelajuan sistem saraf bagi membolehkan pergerakan elektron dan proton di dalam dan luar tubuh manusia. Anda pasti merasa segar di samping memiliki kulit yang halus serta tulang yang kuat.


Perut yang berasid akan membuatkan sistem otot, tulang dan saraf teroksid dan ini akan membuatkan si pesakit menjadi kejang, lengoh, kebas, sengal-sengal, bisa-bisa tulang dan sebagainya. Keadaan ini akan mengganggu tidur dan konsentrasi. Jika ini berterusan, pesakit akan menghadapi tekanan fikiran yang menjadi penyebab kepada tekanan darah.


Jika dibuat perbandingan dalam apa juga sudut semulajadi mengenai lautan, Laut Mati merupakan sebuah tasik yang amat berbeza dengan mana-mana lautan yang ada di muka bumi ini. Dari sudut sains fizik di bahagian dasarnya mempunyai tekanan yang paling tinggi manakala pada bahagian atas permukaannya pula mempunyai tekanan yang rendah. Pergerakan ke atas berlaku pada kadar yang amat kuat dan ini tidak membenarkan tarikan graviti berlaku secara biasa.


Ini menyedarkan kita tentang reaksi air dalam mengeluarkan kawasan angin dalam lingkungan yang lain untuk mempertahankan bumi ini. Tubuh atau bumi mempunyai frekuensi bunyi yang berbagai-bagai tetapi apabila tidak dialirkan dengan ais sebagai penstabil maka ia tidak subur apatah lagi manusia semakin hari semakin tidak sihat. Adalah memeranjatkan bilamana di dapati bahagian dasarnya mempunyai kandungan garam yang masin sehingga tidak membenarkan tumbuh-tumbuhan untuk hidup dan melakukan fotosintesis bagi mengeluarkan oksigen. Bahagian dasarnya lebih sejuk dengan warna biru kehitaman, walaupun ia tidak sedalam seperti di mana-mana lautan. Frekuensi bunyi dalam julat di bawah 20Hz membuatkan bahagian dasarnya menjadi lebih stabil.


Orang yang berpenyakit sebenarnya mempunyai banyak kandungan asid dan gas di dalam badannya. Di dalam keadaan yang tidak stabil ini bahagian perut akan mengalami suhu yang tinggi dengan tekanan yang rendah. Sesuatu objek atau bahantara mendadak akibat daripada pembiakan bakteria yang berlebihan mengeluarkan gas lengai.


Faktor yang membuatkan tubuh hilang kekuatan, graviti atau keseimbangan yang sepatutnya berada pada tenaga asli yang sebenarnya. Amalan merasa secubit garam sebelum dan sesudah makan akan menggalakkan setiap makanan yang dimakan seperti protein akan dicerna dan diurai kepada beberapa jenis asid amino dan enzim tertentu dan di pam atau diberikan tekanan melalui sistem pembersihan buah pinggang. Berendam dengan air garam akan merangsang vitamin tertentu dan mengurangkan homosistina iaitu sejenis bahan yang gagal dicerna dan akan mengotorkan sistem darah. Kadar pengoksidan di dalam darah juga akan menjadi tidak seimbang dan ini akan mendedahkan tubuh kepada pelbagai tekanan.


Manfaat mandian cara ini akan menjimatkan perbelanjaan daripada pemakanan kesihatan 0.4 mg asid folik, 2 mg vitamin B6, vitamin B12 dan vitamin B yang lain serta vitamin B Kompleks. Teori fizik membuat kesimpulan bahawa apabila kita berada di permukaan Laut Mati maka tubuh dengan reseptor kulit akan menyerap dan merakamkan semula suhu dan tekanan di dalam tubuh pada tahap asal.


Ini bermakna tubuh yang dipenuhi racun dan bahan kimia hasil daripada pembiakan bakteria yang mengeluarkan asid berlebihan sehingga terbentuk gas-gas yang menyerap oksigen akan mendapat tenaga semulajadi yang asli. Orang yang berpenyakit lebih sensitif untuk merasai berbezaan semasa melakukan aktiviti terapung di atas permukaan Laut Mati.


Suatu hari nanti Semenanjung Arab akan menjadi kawasan yang amat subur hasil gerakan ais dari utara menuju Laut Mati dan Laut Mediteranean serta hasil julatnya atau garam dan ais inilah kesuburan tanah persekitarannya akan terjadi secara luar biasa. Rahsia ais dalam mengeluarkan kawasan kuasa angin dalam frekkuensi bunyi yang berbagai-bagai, tetapi apabila tidak dipertenagakan dengan pertemuan ais dan garam maka tanah tidak menjadi subur apatah lagi manusia yang semakin tua dan uzur.

Sumber : http://info-sains.blogspot.com/2007_........

Gula hidup dijumpai di Bima sakti...

MOLEKUL seumpama manisan itu dikesan terapung bebas di angkasa dan membantu pembentukan bintang baru.

BARCELONA - Saintis Sepanyol menjumpai sejenis molekul gula ringkas yang didapati menjadi asas kepada pembentukan galaksi Bima sakti, menurut laporan Astrophysical Journal Letters.

Glycolaldehyde secara signifikan ialah molekul yang bertindak balas kepada bahan kimia dikenali sebagai ribose dan menjadi kunci utama kewujudan asid nukleik untuk hidupan bernyawa.

Molekul itu mula ditemui di wilayah pembentukan bintang besar G31.41+031 yang terletak di pusat galaksi pada tahun 2000 lalu menerusi teleskop radio dengan jarak 26,000 tahun cahaya.

"Glycolaldehyde berbentuk bijirin halus terbang sebagai gelombang mikro seumpama makanan kepada bintang baru lahir," kata Maria Teresa Beltran dari Universiti Barcelona. - Agensi

Sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content....g=du_09.htm

Gelagat Iman makan sotong...



Anak Cikgu ni, kalau makan memang macam2 hal. Ni video gelagat Iman yang abah dia ambil semasa kami makan di Anjung Senja pada 28 November 2008 yang lepas.

Ahad : Rileks ngan anak-anak je..

Hari ni Ahad, cikgu x g mana-mana. Dok di rumah ngan anak-anak je. Boring-boring update blog lah. Esok saja g skul nak kemaskini akaun-akaun koop sebelum diaudit oleh Cikgu Maine dan Cikgu Azlin..

Ari ni abiskan masa ngan anak2 tercinta. Dah 2 3 hari asyik tinggal kat maid je. Cian semuanya.Anyway, ummi sayang kakak, iman n adik.. Moga memahami tugas ummi k.

Saturday, November 29, 2008

Lama web Komuniti E-Keluarga sangat bagus untuk dilayari oleh ibu bapa. Banyak perkara yang boleh anda layari dan untuk diketahui seperti petua, doa, nasihat, resepi masakan terbaru, cerpen, kisah nabi, rintone dan bermacam-macam lagi...

Doa Mula Belajar...


Ertinya: Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat-hikmat-Mu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmat-Mu, wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Doa Mohon Terbuka Hati & Faham...

Ertinya: Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku. Ya Allah, keluarkanlah kami dari kegelapan ragu dan muliakanlah kami dengan cahaya kefahaman, bukakanlah bagi kami makrifat ilmu, berilah cahaya kepada hati kami sebagaimana Engkau beri cahaya kepada matahari dan bulan dan mudahkanlah bagiku pintu-pintu kurnia-Mu, wahai yang Maha Penyayang.

Study Guides & Strategies website...

Laman web Study Guides & Strategies ini bagus untuk semua golongan iaitu pelajar sekolah rendah, menengah ataupun universiti. Ia ada dalam banyak bahasa seperti Inggeris, Indonesia, Arab, Sepanyol, Perancis, Belanda dan pelbagai bahasa lagi. Untuk kemudahan, cikgu cadangkan para pelajar menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Indonesia untuk menyenangkan anda membacanya.

Laman web ini membicarakan cara2 belajar berkesan, strategi untuk berjaya dan bermacam-macam lagi yang berkaitan dengan pelajaran. Apa lagi...? Layarila segera... Tak rugi...

Pertandingan Bahas Ala Parlimen (SM) Peringkat Kebangsaan...

Pertandingan Bahas Ala Parlimen Peringkat Kebangsaan (SM) telah diadakan pada 6 - 9 Mei 2008. Pertandingan peringkat saringan telah diadakan di SMK Sri Nangka, Tuaran dan peringkat akhir telah diadakan di dewan Resort Mimpian Jadi, Tuaran, Sabah. Ini adalah julung-julung kalinya pertandingan bahas peringkat kebangsaan diadakan di negeri Sabah.

Cikgu Noor telah ditugaskan sebagai Yang Dipertua Dewan untuk pertandingan peringkat saringan antara wakil negeri Selangor bertemu dengan wakil negeri Pulau Pinang. Pada pertandingan akhir, wakil daripada negeri Melaka bertemu dengan wakil daripada negeri Selangor. Wakil daripada negeri Melaka telah menjuarai Pertandingan Bahas Ala Parlimen Peringkat Kebangsaan (SM) 2008.

Sayang sekali sebab gambar Cikgu Noor semasa menjadi Yang Dipertua Dewan untuk pertandingan antara wakil negeri Selangor bertemu wakil daripada negeri Pulau Pinang tidak dapar disiarkan kerana ada masalah teknikal. Apapun tugas telah terlaksana walaupun baru 1st time mencuba. Terima kasih kepada pengetua sekolah, Pn Hjh, Norayati Mohamad kerana memberi peluang dan ruang untuk menjadi speaker dewan.....










Happy 6th Anniversary....

28 November 2008 merupakan hari ulangtahun ke-6 perkahwinan Cikgu Noor. Berdating dengan hubby ke Kundasang. Lepak di Rose Cabin dan jalan2 di Kinabalu Park. Satu hari honeymoon setelah 6 tahun bersama yang tercinta.

Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat...

Thursday, November 27, 2008

Video Pertandingan Akhir Pesta Pantun Peringkat Negeri Sabah 2008

Teknik Belajar Berkesan

Kebanyakan pelajar, yang gagal di dalam pelajaran mereka bukan kerana malas ataupun lemah. Mereka sebenarnya menghadapi kesukaran ataupun tidak mengetahui cara-cara mengulangkaji pelajaran mereka.

Terdapat beberapa kaedah yang dapat membantu pelajar-pelajar sebagai panduan.

1. Menyediakan jadual pembelajaran secara sistematik.
2. Rutin belajar yang sama pada tiap-tiap hari bagi melatih otak menerima tabiat belajar.
3. Pilihlah masa untuk mengulangkaji sewaktu semangat belajar di tahap maksimum.
4. Elakkan perkara-perkara yang mengganggu proses pembelajaran. Ahli keluarga harus bertolak ansur dalam memberi ruang untuk anda belajar.
5. Nota yang telah dibuat hendaklah diulangkaji pada hari
yang sama.
6. Anda akan mendapat lebih manfaat sekiranya anda mempunyai matlamat belajar.
7. Elakkan belajar di tempat yang boleh menyebabkan rasa mengantuk.
8. Belajarlah dengan tujuan menimba ilmu bukanlah sekadar untuk lulus peperiksaan.


Pelajar-pelajar yang kandas adalah pelajar-pelajar yang :

1. Tidak mempunyai jadual belajar yang tetap dan hanya bergantung kepada "mood" untuk belajar.
2. Tidak suka mengulangkaji pelajaran dan selalu mengulangkaji pelajaran di saat-saat akhir peperiksaan.
3. Mengganggap TV dan lagu dapat membantu memudahkan mengulangkaji pelajaran.
4. Belajar semata-mata untuk peperiksaan.

Bahan ini diterjemah dari :-
Learning Skill Center
The University of Texas at Austin
(Study Tips)

http://myschoolnet.ppk.kpm.my/tips_kb/tekn...knikbelajar.htm

Lawatan Kerja SMK Inanam Ke Labuan...

Seramai 27 orang guru telah menyertai lawatan kerja ke Labuan bermula 13 November hingga 16 September. Tujuan lawatan ini adalah untuk mengadakan bengkel perancangan 2009 dan melawat SMK Labuan untuk penanda arasan. Antara staf yang menyertai lawatan ini ialah Pn. Hajah Noorayati Mohamad (Pengetua), Pn. Rohani Abdullah (PK1), En. Norman Sani (PK Kokum), En. Daud Sari (Penyelia Ptg), Pn Mainie Magusun (KB Bahasa), Pn Ann A. Lojitan (KB Sn & Mt), En. Jakrin Basiran (KB. Kemanusiaan).

Guru-guru lain yang mewakili unit masing-masing termasuklah En. Awang Basri (Peperiksaan), En. Zamry Edwin (Disiplin), En. Faizal Reza (Kokum/ICT), En. Stanley (UBK), Cik Noryuzaini (UBK), Pn. Khuzaifah (KP), Pn. Jaine B. (KP), Pn. Melissa (Kokum), Pn. Zita (Kokum), Pn. Riduanah (Koperasi), Pn. Norhasnidah (KP), Cik Hudayana (KP), Cik Rasitah (KP), En. Alifuddin (KP), En. Sukor (KP), Pn. Kartinah (KP) dan Pn. Siti Aishah (ICT).


Turut menyertai program ini ialah KTBM iaitu Pn. Maliana, Pn Mariani dan Pn. Sapiah. Cikgu Noor tak dapat ikut kerana ada kerja di sekolah yang perlu dibereskan.


Berikut adalah gambar-gambar sekitar lawatan kerja tersebut.


Bergambar sebelum pulang...
Image

Taklimat oleh Pengetua SMK Labuan.
Image

Upacara bertukar cenderamata oleh Pengetua SMK Labuan dan Pengetua SMK Inanam.
Image

Lawatan ke bilik kesihatan yang akan menempatkan pelajar-pelajar yang sakit semasa P&P. Di bilik kesihatan juga terdapat buku rekod kesihatan bagi setiap pelajar.
ImageImage

Koperasi SMK Labuan BHD.
Image

Satu satu daripada 4 buah makmal komputer yang terdapat di SMK Labuan.
Image

Kantin sekolah.
Image

Lawatan ke Pusat Sumber.
Image Image

Bilik Ketua Bidang Sains & Matematik.
Image

Bilik Kaunseling.
Image

Panorama SMK Labuan.
Image Image

Image Image

Sesi bergambar bersama-sama warga SMK Labuan sebelum lawatan berakhir.
Image

Jemputan makan tengah hari di rumah Pn. Riduanah.
Image

Image

Sesi bengkel yang diadakan pada sebelah malam dan sepanjang hari Sabtu untuk menyiapkan takwim dan perancangan sekolah bagi tahun 2009.
Image

Image

Image


Image

* Artikel dan foto dipetik dari Wadah Informasi SEMI.

Cikgu Noor's E-Card Collections...

Semua koleksi E-card dibawah ini adalah percuma... Sila copy & paste di blog anda...
Copy kod dlm text area ni dan paste kat blog!
Cikgu Noor At SEMI
Copy kod dlm text area ni dan paste kat blog!

Cikgu Noor At SEMI
Copy kod dlm text area ni dan paste kat blog!
Cikgu Noor At SEMI
Copy kod dlm text area ni dan paste kat blog!

Cikgu Noor At SEMI
Copy kod dlm text area ni dan paste kat blog!

Cikgu Noor At SEMI
Copy kod dlm text area ni dan paste kat blog!

Cikgu Noor At SEMI
Copy kod dlm text area ni dan paste kat blog!

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template